Tabung Dana YPM

Pembangunan Dana

PENUBUHAN DAN TUJUAN

Penubuhan Tabung Dana YPM yang dinamakan sebagai KUMPULAN WANG YAYASAN PELAJARAN MARA adalah seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, klausa 5 (1) yang menyatakan “ Bagi maksud membolehkan YPM menjalankan tugas-tugas dan tujuan-tujuannya yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, maka hendaklah diadakan suatu Kumpulan Wang bernama Kumpulan Wang Yayasan”.

Penubuhan tabung dana ini adalah bertujuan untuk memberi biasiswa, pinjaman, pemberian dan lain-lain bantuan kewangan kepada anak Bumiputera bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dan seterusnya membantu mereka ke arah usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup dan sosio-ekonomi golongan Bumiputera. Selain dari itu, dana terkumpul ini juga adalah bagi membiayai pelaksanaan aktiviti dibawah program-program strategik yang telah diatur oleh YPM.


 

SUMBER DANA

Bagi mengisi tabung dana KUMPULAN WANG YPM, sumber daripada pelbagai kumpulan dan kategori penyumbang dikenalpasti merangkumi:-

  • Sumbangan Badan Korporat Dan Individu

  • Sumbangan Anak Syarikat YPM

  • Pulangan Pelaburan YPM

  • Sumbangan Ahli Komuniti MARA

  • Hasil daripada Aktiviti Amal


PENGURUSAN DANA

Penggunaan dana Kumpulan Wang YPM adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan YPM 1969 manakala pengurusan dan pengendalian dana adalah di atas kelulusan Lembaga Pengarah YPM dan Majlis MARA. Dasar penggunaan dana yang telah ditetapkan berdasarkan kepada pecahan dimana 70% digunakan untuk melaksanakan program-program strategik YPM dan skim-skim pembiayaan dan bantuan pendidikan, 20% digunakan bagi tujuan pelaburan dan 10% untuk tujuan pengurusan. Pelaburan merupakan usaha YPM untuk menjana sumber dana yang berterusan bagi masa hadapan agar tidak lagi bergantung berat kepada sumbangan pihak luar. Bagi membantu YPM dalam menjalankan aktiviti pelaburan, satu badan penasihat iaitu Panel Pelaburan telah ditubuhkan oleh Majlis MARA.

SKIM-SKIM SUMBANGAN

Pelbagai kaedah dan skim sumbangan dirangka bagi memudahkan para penderma untuk menyumbang. Tiga pilihan Skim Sumbangan yang disediakan untuk individu dan syarikat korporat untuk menyumbang ialah:-

  • Skim Keluarga Angkat

  • Skim Kumpulan Wang YPM

  • Skim Takaful Waqaf YPM


TABUNG LONJAKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN BUMIPUTERA YPM (TANJAK YPM)

Mesyuarat Jawatankuasa Penjenamaan Semula TWM telah diadakan pada 24 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat YPM telah memutuskan Tabung Warisan MARA (TWM) yang sebelum ini diperkenalkan pada tahun 2012 akan ditamatkan dan DIGANTIKAN dengan TABUNG LONJAKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN BUMIPUTERA (TANJAK) YPM.
TANJAK merupakan sebuah tabung yang berkonsepkan sama seperti peranan TWM sebelum ini.

Maklumat Lanjut : http://tanjak.ypm.org.my

 


 

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Bahagian Pembangunan Dana
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #bpd

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 

 

 

TOLAKAN CUKAI

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No.1395 bertarikh 10 April 1969.