Program Kelas Bimbingan YPM-MRSM

Program Kelas Bimbingan YPM-MRSM kepada pelajar dari sekolah-sekolah sekitar MRSM/SBT yang dengan kerjasama antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan MRSM/SBT dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terlibat.


KAEDAH PERLAKSANAAN

  • 100 orang peserta bagi setiap pusat yang berpendapatan rendah /asnaf dari sekolah-sekolah sekitar MRSM/SBT yang akan terlibat akan dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah untuk menyertai program ini.

  • Program adalah berkonsepkan Kelas Bimbingan dan Mentor Mentee yang akan dikendalikan oleh pihak MRSM.

OBJEKTIF

  • Memberi akses pendidikan kelas tambahan kepada pelajar miskin sekolah harian luar bandar.

  • Peserta dapat menimba ilmu daripada GURU PAKAR CEMERLANG MRSM.

  • Perkongsian tips dan teknik belajar melalui konsep Mentor - Mentee (Pelajar MRSM, dan Peserta Kelas Bimbingan).


KESAN DAN IMPAK

  • Peluang belajar dan menggunakan fasiliti sekolah elit.

  • Penggunaan guru pakar/cemerlang memberi nilai tambah pembelajaran kepada peserta.

  • Melahirkan pelajar cemerlang, sahsiah tinggi dan berkepimpinan.

  • Persediaan lengkap menghadapi peperiksaan utama.

  • Membina hubungan baik pelajar sekolah harian dan pelajar sekolah elit.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Transformasi Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #stkp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM