Program Tuisyen UPSR

Program Kelas Tuisyen UPSR kepada sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia dengan kerjasama antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.


KAEDAH PERLAKSANAAN

  • Pemilihan sekolah-sekolah luar bandar akan dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

  • Program adalah berkonsepkan Kelas Tuisyen yang akan dilakasanakan oleh pihak sekolah terpilih

OBJEKTIF

  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR.

  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru berinteraksi dan bersoal jawab.

  • Meningkatkan prestasi dan potensi yang sedia ada pada pelajar agar mampu beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.


KESAN DAN IMPAK

  • Pelajar menjadi lebih yakin menjawab soalan.

  • Membina hubungan baik pelajar dan guru.

  • Melahirkan pelajar cemerlang, sahsiah tinggi dan berkepimpinan.

  • Persediaan lengkap menghadapi peperiksaan utama.

  • Membina hubungan baik pelajar sekolah harian dan pelajar sekolah elit.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Transformasi Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #stkp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM