Program Membela Pelajar Miskin

Skim Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA yang telah diwujudkan sejak tahun 1983 lagi ianya diasaskan oleh Datuk Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad. Ianya adalah satu strategi dalam usaha murni YPM untuk mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan harian mereka. Matlamat program ini adalah untuk mempertingkatkan taraf pencapaian dan prestasi pendidikan anak-anak ini, di samping memastikan setiap orang daripada mereka menamatkan pelajaran sekurang-kurangnya lepas Tingkatan 5. Dibawah Skim ini penyumbang yang terdiri daripada pihak individu atau korporat dikenali sebagai Keluarga Angkat

Menerusi skim ini, pelajar-pelajar akan menerima wang saku bulanan RM80.00 bagi sekolah rendah dan RM100.00 bagi pelajar sekolah menengah. Program bersepadu menerusi siri bengkel, seminar, kem motivasi, kecemerlangan peperiksaan dan sebagainya diadakan secara berjadual untuk memberikan galakan, motivasi serta rangsangan kearah peningkatan dan kecemerlangan diri.

Melalui konsep Keluarga Angkat – Anak Angkat, YPM mengharapkan sumbangan ikhlas daripada anda. Sumbangan anda mampu mengubah kehidupan dan masa depan mereka.

BERSEPAKAT MEMBINA MASYARAKAT.


ANAK ANGKAT

YPM akan mengenalpasti pelajar-pelajar Bumiputera dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dari peringkat Darjah 1 sehingga Tingkatan 5, pelajar yang dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan untuk ditawarkan kepada anda yang berminat untuk menaja perbelanjaan persekolahan mereka.

Walaupun tahap kemiskinan ditetapkan pada pendapatan bulanan keluarga dibawah RM3,000.00, keutamaan diberikan kepada calon dari keluarga yang berpendapatan terendah dan mempunyai tanggungan yang ramai.

TERANGILAH MASA DEPAN MEREKA.

 

KELUARGA ANGKAT

Yayasan Pelajaran MARA sangat mengharap serta mengalu-alukan keperihatinan masyarakat Malaysia khususnya dari kalangan Bumiputera yang telah berjaya atau lebih bernasib baik, untuk bersama-sama memandang kekurangan segelintir anak - anak yang kurang bernasib baik ini dan menghulurkan tangan membantu mereka dengan menyumbang kepada program ini sebagai Keluarga Angkat. Anda bolehlah menyumbang samada secara individu atau sebagai sebuah organisasi korporat. Sebagai Keluarga Angkat, anda bersedekah ke jalan Allah dengan menaja persekolahan pelajar-pelajar di bawah Skim ini.

Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih dan dipersetujui ditaja oleh Keluarga Angkat masing-masing.

 


PERANAN YAYASAN PELAJARAN MARA

Selain dari bertindak sebagai perantara diantara Penyumbang dan Penerima Sumbangan, YPM juga merangka dan mengendalikan program-program pembangunan diri secara berkala atau "ad hoc" seperti Kelas Tuisyen, Program Jati Diri, dan Program Kem Cuti Sekolah Tahunan.

Program-program seperti ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan membuka minda pelajar dan diharapkan menjadi rangsangan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam hidup menerusi pendidikan.

YPM ingin terus berusaha mendapatkan tajaan - tajaan berupa bahan rujukan pembelajaran dan kelengkapan persekolahan dari berbagai pihak untuk diagihkan kepada anak-anak ini.

PEMANTAUAN PRESTASI PELAJAR

YPM juga memantau prestasi dan perkembangan pelajar-pelajar ini dari masa ke semasa. Keputusan peperiksaan terutamanya peperiksaan peringkat kebangsaan akan diperolehi oleh YPM dari pihak sekolah dan memanjangkannya kepada Keluarga Angkat.

Dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Surat Beranak pelajar, Keluarga Angkat juga boleh melihat prestasi pendidikan bulanan/semester Anak Angkat masing-masing di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)


PELAN SUMBANGAN

Keluarga Angkat boleh membuat bayaran berkala mengikut jadual dan kaedah sumbangan yang paling mudah mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Bagaimanapun kami mencadangkan Pelan Sumbangan seperti di bawah ini untuk kemudahan kedua-dua pihak iaitu penyumbang dan YPM juga.


MENYERTAI SKIM KELUARGA ANGKAT

Tatacara Permohonan Skim Keluarga Angkat YPM.

Langkah Pertama - Borang Penyertaan

Permohonan menyertai Skim Keluarga Angkat boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan seperti berikut :-


Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Langkah Kedua - Pemilihan Anak Angkat

YPM akan menyemak borang dan mengemukakan calon-calon Anak Angkat berdasarkan kriteria yang dipilih oleh Keluarga Angkat.

Langkah Ketiga - Sumbangan Keluarga Angkat

Setelah Keluarga Angkat bersetuju dengan Anak Angkat, sumbangan boleh dimulakan mengikut jadual sumbangan yang telah dipilih oleh Keluarga Angkat.

Pihak kami juga bersedia untuk membuat penerangan lanjut secara peribadi kepada anda yang terlibat.


KAEDAH SUMBANGAN

KAEDAH 1: Portal YPM

Sumbangan Online boleh dilakukan melalui E-Donation YPM.

KAEDAH 2: Sumbangan Wang Tunai atau Cek melalui Kaunter Bank

Nota:
Sila hantar slip sumbangan anda melalui faksimili ke 03-26915199 atau secara imbas (scan) dan emailkan kepada : contact.saa<at>ypm.org.my

Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 3: Sumbangan melalui online



    Sila buatkan salinan skrin 'deposit'.
    Emailkan salinan skrin 'deposit' kepada : contact.saa<at>ypm.org.my
    Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 4: Penghantaran Wang Pos atau Cek melalui Pos

Tuliskan cek atas nama SKIM ANAK ANGKAT YAYASAN PELAJARAN MARA dan poskan ke alamat berikut:

Seksyen Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Skim Anak Angkat,
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #saa

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 

 

 

TOLAKAN CUKAI

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No.1395 bertarikh 10 April 1969.