PENUBUHAN DAN TUJUAN
Penubuhan tabung dana YPM yang dinamakan sebagai KUMPULAN WANG YAYASAN PELAJARAN MARA adalah seperti yang termaktub dalam Perintah
Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, klausa 5 (1) yang menyatakan “ Bagi maksud membolehkan YPM menjalankan tugas-tugas dan tujuan-tujuannya yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, maka hendaklah diadakan suatu Kumpulan Wang bernama Kumpulan Wang Yayasan ”
Tabung dana ini bertujuan antara lain ialah untuk menubuh dan mengadakan biasiswa, pinjaman, pemberian dan lain- lain bantuan wang kepada Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dan seterusnya membantu ke arah usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi golongan Bumiputera. Selain itu, dana terkumpul ini juga ialah bagi membiayai pelaksanaan aktiviti dibawah program-program strategik YPM.
SUMBER DANA
Bagi mengisi tabung dana KUMPULAN WANG YPM, sumber daripada pelbagai kumpulan dan kategori penyumbang dikenalpasti merangkumi:-
- Sumbangan Badan Korporat Dan Individu
- Sumbangan Anak Syarikat YPM
- Pulangan Pelaburan YPM
- Sumbangan Ahli Komuniti MARA
- Hasil daripada Aktiviti Amal
PENGURUSAN DANA 
Penggunaan dana Kumpulan Wang YPM adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan YPM 1969 manakala pengurusan dan pengendalian dana adalah atas kelulusan Lembaga Pengarah YPM dan Majlis MARA.Dasar penggunaan dana yang telah ditetapkan berasaskan kepada pecahan dimana 70% digunakan untuk melaksanakan program-program strategik YPM dan skim-skim pembiayaan dan bantuan pendidikan, 20% untuk pelaburan dan 10% untuk tujuan pengurusan. Pelaburan merupakan usaha YPM untuk menjana sumber dana yang berterusan bagi masa hadapan agar tidak bergantung berat kepada sumbangan pihak luar. Bagi membantu YPM dalam menjalankan aktiviti pelaburan, satu badan penasihat iaitu Panel Pelaburan telah ditubuhkan oleh Majlis MARA
SKIM-SKIM SUMBANGAN
Pelbagai kaedah dan skim sumbangan dirangka untuk memudahkan para dermawan menyumbang. Tiga pilihan Skim Sumbangan yang disediakan untuk individu dan syarikat korporat untuk menyumbang ialah:-
- Skim Keluarga Angkat
- Skim Kumpulan Wang YPM
- Skim Takaful Waqaf YPM












Pembangunan Dana 


