PENGENALAN
Skim ini diasaskan oleh Datuk Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad dan telah dilaksanakan sejak tahun 1983. Para penyumbang sama ada pihak individu atau syarikat korporat yang memilih untuk menyumbang melalui skim ini dinamakan sebagai Keluarga Angkat YPM. Setakat Januari 2007, jumlah terkumpul Keluarga Angkat terdiri dari individu dan syarikat korporat adalah seramai lebih 700 orang.
Sumbangan Keluarga Angkat disalurkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menyertai Skim Anak Angkat YPM bagi tujuan membantu membiayai kos pengajian pelajaran sehingga tamat pengajian Tingkatan 5. Selain itu, para Keluarga Angkat juga sekiranya bersetuju boleh mengambil bahagian dalam program 'homestay' dimana Anak Angkat terpilih akan tinggal bersama dengan Keluarga Angkat untuk tempoh masa yang ditetapkan. Program ini dipercayai dapat membantu mendedahkan Anak Angkat kepada ‘dunia luar’ yang ‘positif’ dan mampu meransang minda dan sikap positif Anak Angkat.
PELAN DAN JADUAL SUMBANGAN
Keluarga Angkat boleh memilih jumlah yang ingin disumbangkan dan pilihan jadual caruman sama ada secara bulanan, setiap 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan mengikut Pelan Sumbangan dan Jadual Sumbangan yang disediakan. Keluarga Angkat juga boleh memilih pelajar yang bakal menerima sumbangan yang disalurkan.

PRESTASI ANAK ANGKAT
Prestasi setiap pelajar (Anak Angkat) yang menerima bantuan pendidikan YPM dipantau dari masa kesemasa. Anak Angkat diperlukan menghantar keputusan peperiksaan mereka kepada YPM. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan penyaluran bantuan kepada pelajar yang berkenaan. Laporan Prestasi Anak Angkat akan dihantar kepada Keluarga Angkat yang berkenaan 2 kali setahun. YPM juga menyediakan aktiviti pendidikan dalam bentuk kem dan seminar untuk membantu Anak-anak Angkat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah. Selain itu, program beramah mesra melalui Homestay ketika musim sekolah juga disediakan bagi Anak Angkat yang terpilih dan berminat.
STATISTIK


MENYERTAI SKIM KELUARGA ANGKAT
Untuk menyertai Skim Keluarga Angkat YPM, anda boleh memohon secara ‘on-line’ atau memuat turun borang dari laman web YPM.
Tatacara Permohonan Skim Keluarga Angkat YPM
- Melengkapkan Borang Penyertaan -
Borang muat-turun dari lama web ( )* Borang muat-turun yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada:-
Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 4, Wisma Gold Hill,
No 67, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur,
- Pemilihan Anak Angkat
YPM akan menyemak borang dan mengemukakan calon-calon Anak Angkat berdasarkan kriteria yang dipilih oleh Keluarga Angkat.
- Sumbangan Keluarga Angkat
Setelah Keluarga Angkat bersetuju dengan Anak Angkat, sumbangan boleh dimulakan mengikut jadual sumbangan yang telah dipilih oleh Keluarga Angkat.
Kaedah sumbangan yang disediakan adalah seperti berikut :-
KAEDAH 1: Sumbangan Wang Tunai atau Cek melalui Kaunter Bank

Nota:
Sila hantar Slip Sumbangan anda melalui faksimili ke 03-26915199 atau imbas (scan) dan emailkan kepada
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.
KAEDAH 2: Sumbangan melalui online

Nota:
- Sila buatkan salinan skrin 'deposit'.
- Emailkan salinan skrin 'deposit' kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
- Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.
KAEDAH 3: Penghantaran Wang Pos atau Cek melalui Pos
Tuliskan cek atas nama SKIM ANAK ANGKAT YAYASAN PELAJARAN MARA dan poskan ke alamat berikut:
Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 4, Wisma Gold Hill,
No 67, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur,
Pegawai : En Puarsuha Abdul Razak, En Rejal Jamaluddin
No Tel : 03-2070 8523 ext 107,
No. Faks : 03-2070 8528,
Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
;
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Nota:
YPM menyarankan penghantaran dibuat melalui Pos Berdaftar / Pos Ekspres / Perkhidmatan Kourier bagi menjamin keselamatan penghantaran anda.












Pembangunan Dana 


