Pengenalan
Skim Anak Angkat YPM (SAA) menyediakan bantuan kewangan persekolahan dan pelaksanaan skim ini adalah
satu strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu pelajar Bumiputera, terutamanya yang tinggal di luar bandar dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Skim ini menggunakan konsep Anak - Keluarga Angkat bagi mewujudkan semangat kekeluargaan di kalangan pihak-pihak yang menyertai skim ini. Pelajar yang menerima bantuan dinamakan sebagai Anak Angkat, dan pihak yang menyumbang sama ada penyumbang perseorangan atau syarikat korporat dinamakan sebagai Keluarga Angkat.
Objektif Skim Anak Angkat YPM :
- Memberi bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan persekolahan.
- Membantu usaha dalam memastikan pelajar Bumiputera dari keluarga yang miskin mampu menamatkan pengajian sehingga tamat peringkat sekolah menengah.
- Membantu dalam memberi galakan intrinsik dan ekstrinsik kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan,
- Membantu dalam memberikan perangsang, petunjuk, nasihat serta bimbingan bagi membentuk jatidiri pelajar
Kumpulan Sasaran : 
Calon-calon anak angkat adalah pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan rendah, terutamanya di kawasan luar bandar
Syarat-Syarat Kelayakan :
- Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
- Sekolah Rendah : Tahun 1 - Tahun 6
- Sekolah Menengah : Tingkatan 1 - Tingkatan 5
- Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak
- Pendapatan keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM900.00 sebulan
- Permohonan mestilah menggunakan Borang Skim Bantuan Pendidikan YPM
- Melalui dan mendapat sokongan daripada pihak sekolah
Keutamaan diberikan kepada pemohon dari kalangan anak yatim, anak ibu tunggal dan daripada keluarga yang mempunyai ramai tanggungan
Kadar Bantuan :

Bagi pemohon yang terpilih, bantuan diberikan bagi tempoh sehingga pelajar tamat persekolahan Tingkatan 5.
Penyaluran dan Agihan Bantuan
- Bantuan kepada pelajar disalurkan melalui Akaun Simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional.
- Agihan bantuan kepada Anak Angkat dibuat dua ( 2 ) kali setahun.
- Bagi setiap kali Agihan bantuan, pihak sekolah perlu terlebih dahulu mengemukakan maklumat dan keputusan peperiksaaan pelajar kepada YPM.
Permohonan
Permohonan untuk memperolehi bantuan di bawah Skim Anak Angkat YPM (SAA) boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan Borang Permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- YPM/BANT/BR-01;Pind08 - Borang Permohonan Skim Bantuan Pendidikan YPM
- YPM/BANT/BR-02;Pind08 - Senarai Semak Permohonan
- YPM/BANT/BR-03;Pind08 - Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
Pemilihan dan Kelulusan
- Pemilihan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran MARA.
- Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.
- Kelulusan permohonan dimaklumkan melalui pihak sekolah.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA
No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.
Pegawai : En Puarsuha Abdul Razak, En Rejal Jamaluddin
No Tel : 03 - 2693 8081
No. Faks : 03 - 2691 5199
Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
;
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya












Pembiayaan & Bantuan 


