Portal Yayasan Pelajaran MARA

Skim Bantuan Persekolahan (SBP)

Pengenalan
Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Kelayakan dan Syarat Memohon :

  1. Bumiputera warganegara Malaysia;
  2. Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
  3. Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
  4. Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.

Kadar Bantuan :

Penyaluran dan Agihan
Bantuan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara ‘one-off’.

Permohonan
Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  1. YPM/BANT/BR-01;Pind08 - Borang Permohonan Skim Bantuan Pendidikan YPM
  2. YPM/BANT/BR-02;Pind08 - Senarai Semak Permohonan
  3. YPM/BANT/BR-03;Pind08 - Surat Akuan Pengesahan Pendapatan

Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :

Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,
No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.

Pegawai : En Puarsuha Abdul Razak, En Rejal Jamaluddin
No Tel    : 03 - 2693 8081
No. Faks : 03 - 2691 5199
Email      : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  


Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.

 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini39
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini807
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1771
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102348

Anda berada di halaman: Halaman Utama Pembiayaan & Bantuan Skim Bantuan Persekolahan (SBP)
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279