Pengenalan
Skim Bimbingan Pendidikan YPM Bersamamu (SBSM) merupakan satu lagi strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk tampil kehadapan bagi sama-sama membantu pelajar-pelajar miskin terutamanya dari aspek pendidikan. Skim ini adalah usahasama dengan rakan strategik TV3 yang berperanan membantu dalam mengenalpasti anak-anak yang memerlukan bantuan dalam meneruskan dan mempertingkatkan tahap pendidikan
Objektif :
- Memberi bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan bulanan pelajar;
- Membiayai sepenuhnya Yuran-yuran Persekolahan dan Yuran Peperiksaan;
- Menyediakan peruntukan tahunan bagi Pakaian Seragam Sekolah serta keperluan persekolahan seperti alat tulis; buku-buku latihan / rujukan;
- Memberikan bimbingan, nasihat dan petunjuk kepada pelajar melalui Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan (PKIP), Program Peningkatan Kemahiran Belajar dan sebagainya;
Membantu pelajar mendapatkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; dan - Memberi sokongan moral kepada ibubapa dan keluarga pelajar dalam mebimbing kemajuan pendidikan anak-anak melalui Program Peningkatan Kemahiran Keibubapaan.
Kelayakan dan Syarat Memohon :
Pemohon adalah dari kalangan peserta program realiti amal Bersamamu TV3 yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh YPM.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,
No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.
Pegawai : En Puarsuha Abdul Razak, En Rejal Jamaluddin
No Tel : 03 - 2693 8081
No. Faks : 03 - 2691 5199
Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
;
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya














Pembiayaan & Bantuan 


