Portal Yayasan Pelajaran MARA

Skim Bantuan Khas Pendidikan (SBKP)

 Pengenalan
 Skim Bantuan Khas Pendidikan YPM (SBKP) ialah satu pendekatan dalam usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu  pelajar, khususnya Bumiputera, yang ditimpa kesusahan akibat kemalangan atau bencana untuk meneruskan pembelajaran  mereka. Ini termasuk pembelajaran di sekolah ataupun di mana-mana institusi pengajian.


Objektif

  1. Memberi bantuan kewangan untuk membantu perbelanjaan bagi meneruskan pengajian selepas ditimpa kemalangan atau bencana; dan
  2. Memastikan pelajar Bumiputera yang mengalami kesusahan mampu meneruskan pengajian

Kelayakan dan Syarat Memohon

  1. Bumiputera warganegara Malaysia;
  2. Sedang belajar, samada di sekolah/institusi pengajian kerajaan atau swasta;
  3. Mengalami kesusahan yang mengganggu aktiviti pembelajaran akibat daripada sesuatu kemalangan atau bencana;
  4. Mengemukakan permohonan bertulis;
  5. Mendapat pengesahan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan

Jenis Bantuan

  1. Bantuan Segera
    • Sejumlah wang diberikan kepada pemohon bagi mengurangkan kesusahan akibat daripada kemalangan atau bencana yang menimpa pemohon/keluarga pemohon. Jumlah maksima Bantuan Segera ialah dihadkan kepada RM500.00 sahaja bagi setiap keluarga mengikut budibicara Ketua Pegawai Eksekutif YPM berdasarkan Laporan Penilaian yang dikemukakan
  2. Bantuan Pakaian, Peralatan dan Kemudahan Pembelajaran
    • Sejumlah wang yang diperlukan bagi membiayai perolehan pakaian, peralatan atau kemudahan yang musnah/hilang akibat sesuatu kemalangan atau bencana. Jumlah bantuan ini adalah mengikut jumlah sebenar perbelanjaan dan tertakluk kepada Prosedur Perolehan YPM.

Permohonan dan Kelulusan
Permohonan boleh dikemukakan kepada YPM dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian dan keputusan Pengurusan YPM.

Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,
No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.

Pegawai : En Puarsuha Abdul Razak, En Rejal Jamaluddin
No Tel    : 03 - 2693 8081
No. Faks : 03 - 2691 5199
Email      : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ; Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini38
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini806
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1770
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102347

Anda berada di halaman: Halaman Utama Pembiayaan & Bantuan Skim Bantuan Khas Pendidikan (SBKP)
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279