Portal Yayasan Pelajaran MARA

Program Kecemerlangan Ilmu & Pendidikan (PKIP)

 Pengenalan
Matlamat pelaksanaan Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM ialah bagi mempertingkatkan kecemerlangan  akademik dan sahsiah pelajar-pelajar Bumiputera disetiap peringkat persekolahan.

 Objektif
 Objektif pelaksanaan Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM ini antara lain merangkumi perkara berikut:

  1. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran berfikir dan kaedah alternatif dalam pembelajaran matapelajaran-matapelajaran kritikal;
  2. Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar Bumiputera khususnya dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains;
  3. Membantu ke arah menjayakan proses anjakan paradigma masyarakat Bumiputera terhadap peranan dan tanggungjawab dalam menguasai ilmu dan pendidikan;
  4. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibubapa dan guru-guru kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif dalam matapelajaran-matapelajaran kritikal.

Kumpulan sasaran
Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM disasarkan kepada tiga kumpulan iaitu:

  1. Pelajar
    • Dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkan pengajian tinggi
  2. Ibu bapa
    • Fokus kepada ibu bapa 'muda' dalam lingkungan umur tiga puluhan
  3. Guru-guru
    • Fokus kepada guru-guru diperingkat persekolahan rendah dan menengah

Aktiviti Program
Pelbagai aktiviti diadakan dibawah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM. Senarai aktiviti ini akan diubahsuai berdasarkan situasi semasa dan dimantapkan dari masa kesemasa. Aktiviti yang dikenalpasti bagi tujuan kerjasama ini merangkumi:

  1. Bengkel Kecemerlangan Matematik
  2. Bengkel Kecemerlangan Bahasa Inggeris
  3. Bengkel Kecemerlangan Sains
  4. Kem Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM
  5. Seminar Keibubapaan Membimbing Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Anak-Anak

HUBUNGI KAMI
Sebarang kemusykilan, sila hubungi kami:


Yayasan Pelajaran MARA
Bahagian Pengurusan Program

Tingkat 4, Wisma Gold Hill
No 67, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur                                                                                                                                    

Pegawai : En Zainal Rashid Zakaria
No. Tel : 03-2070 8523
No. Faks : 03-2070 8528
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini44
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini812
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1776
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102353

Anda berada di halaman: Halaman Utama Program Strategik YPM Program Kecemerlangan Ilmu & Pendidikan (PKIP)
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279