Portal Yayasan Pelajaran MARA

Program Pembangunan Kerjaya

PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA YPM (PPK) ialah program strategik yang menumpukan usaha ke arah membangunkan dan mempertingkatkan prospek kerjaya individu Bumiputera. Ia direkabentuk supaya individu berkenaan memperolehi pendedahan atau mempertingkatkan pengetahuan kritikal dan kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan ke alam kerjaya, dan juga untuk membantu individu terlibat maju kehadapan dalam kerjaya pilihan.

PPK disasarkan khususnya kepada pelajar tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Negara. tetapi ia juga disasarkan kepada pihak awam, individu yang telah bekerja tetapi ingin mempertingkatkan atau bertukar kerjaya. Pembangunan dan pelaksanaan PPK merupakan usaha YPM dalam membantu masyarakat Bumiputera yang dinamik, berdaya saing dan progresif dalam kerjaya pilihan dan sebagai tanda sokongan padu YPM terhadap pengajian sepanjang hayat.


Komponen utama dibangunkan dibawah PPK, iaitu Program for Individual Career Development (PRIDE).

Program for Individual Career Development (PRIDE) ialah salah satu cabang atau komponen di bawah Program Pembangunan Kerjaya YPM  ( PPK ) yang asalnya dinamakan Soft Skills. Pelaksanaan PRIDE adalah usaha YPM dalam membantu mengurangkan masalah graduan menganggur khususnya graduan Melayu. Melalui pengendalian aktiviti PRIDE, YPM berharap dapat menyumbang ke arah membangun dan meningkatkan kemahiran keperibadian graduan sebagai persediaan ke alam kerjaya dan diyakini dapat membantu merapatkan jurang antara ilmu akademik dan dunia pekerjaan dan industri.


Program PRIDE dilaksanakan sebagai alternatif kepada program sedia ada yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia, dan memperkenalkan pendekatan yang lebih pro-aktif dan lebih fleksibel bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan modul yang telah dibangunkan. 

Objektif PRIDE:-

  • Memberikan kesedaran di kalangan bakal-bakal graduan terhadap pentingnya menguasai kemahiran " soft skills " selain dari ilmu akademik yang mereka perolehi.
  •  Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dan kemahiran bakal-bakal graduan mengenai topik-topik penting yang perlu untuk bertapak ke alam kerjaya.
  • Mempertingkatkan marketability dan employability para graduan.
  • Memupuk semangat berdikari dan keusahawanan di kalangan para graduan serta galakan untuk bekerja sendiri dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.

Projek pilot telah dijalankan dengan penyertaan daripada mahasiswa dari
1. Universiti Kuala Lumpur ( UniKL ) pada 3 hingga 7 Disember 2006
2. Universiti Sabah pada 17 hingga 21 April 2007

Selaras dengan itu, modul pelaksanaan PRIDE untuk tahun 2008 mengutamakan empat (4) komponen utama iaitu:-
1. Self Confidence & Mindset Development
2. Communication & Interpersonal Skills
3. Job Search & Career Planning.
4. Leadership & Teamwork

Peserta yang  menyertai PRIDE  2008 adalah terdiri daripada mahasiswa yang terlibat dengan ‘Program YPM bersama IPT’.  Program ini mendedahkan para mahasiswa untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat dengan tema Masyarakat Maju Bersama IPT.

Program PRIDE 2008 telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Noh bin Haji Omar di Intekma Resort, Shah Alam.  Bagi membangunkan pengisian empat (4) komponen utama PRIDE, YPM menggunakan gabungan pakar perunding, fasilitator yang terdiri profesional dan individu berjaya dari institusi pengajian tinggi, korporat dan industri. 

PRIDE telah dilaksanakan dua (2) sesi untuk tahun 2008 iaitu pada cuti semester di mana lima (5) universiti terlibat untuk setiap sesi. Jadual Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat adalah seperti di  bawah:
1. Sesi Pertama: 24-27 November 2008
1. UNIVERSITI MALAYA (UM)
2. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
4. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
5. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM

2. Sesi Kedua: 23-26 Disember 2008
1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), TERENGGANU
2. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), PERLIS
3. UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)
4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
5. KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Kerjaya ini, anda boleh ajukan pertanyaan kepada:-

Yayasan Pelajaran MARA
Bahagian Pengurusan Program
Tingkat 4, Wisma Gold Hill
No 67, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur                                                                                                                                    

Pegawai : En Zainal Rashid Zakaria
No. Tel : 03-2070 8523
No. Faks : 03-2070 8528
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini45
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini813
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1777
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102354

Anda berada di halaman: Halaman Utama Program Strategik YPM Program Pembangunan Kerjaya
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279