Portal Yayasan Pelajaran MARA

Dasar Polisi Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan polisi privasi kami yang mengandungi penggunaan dan perlindungan terhadap segala maklumat yang dihantar oleh pelayar.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan menggunakan portal kami atau menghantar email yang memerlukan data peribadi anda, ini mungkin akan dikongsi bersama badan kerajaan dan bukan badan kerajaan bagi memberikan anda khidmat yang lebih efisyen dan efektif. Contohnya mungkin dapat dilihat daripada menyelesaikan atau membuatl sebarang aduan yang memerlukan kami memberikan kembali sebarang penyelesaian atau rujukan berkaitan dengan badan kerjaan lain atau bukan badan kerajaan lain

Keselamatan Data
Penggunaan teknologi terkini termasuk aplikasi enkripsi digunakan untuk memberikan perkhidmatan keselamatan data dan implementasi tahap keselamatan yang ketat digunakan untuk mengelakkan sebarang pencerobohan.

Keselamatan Penyimpanan
Untuk keselamatan data anda, segala media simpanan elektronik dan segala transmini data peribadi dienkripkan dan disimpan dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian.

Pengumpulan Maklumat
Tiada sebarang pengumpulan maklumat tanpa sebarang pemberitahuan dilakukan semasa anda melayari portal Yayasan Pelajaran MARA kecuali maklumat yang diberikan oleh anda semasa menghantar e-mel ataupun sebarang pendaftaran yang berada pada keselamatan yang diperketatkan di beberapa halaman Portal Yayasan Pelajaran MARA.

Maklum Balas
Kami mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.

Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak dapat dipaparkan pada Portal Yayasan Pelajaran MARA, makluma balas/pertanyaan anda akan dihantarkan kepada terus melalui e-mel yang telah diberikan oleh anda. Maklum balas ini mungkin pada waktu-waktu tertentu bukan daripada Yayasan Pelajaran MARA tetapi daripada badan kerajaan atau bukan badan kerajaan lain yang bersesuaian.

Cookies
Sesetangah laman web menggunakan 'cookies' untuk mengumpul maklumat anda bagi membolehkan mereka mengenali anda pada layaran kelak anda.

Portal Yayasan Pelajaran MARA hanya menggunakan 'non-persistent cookies' atau 'pre-session cookies' bagi tujuan teknikal  seperti mengubah cuaca di tempat anda. 'Cookies' ini tidak merekod data secara kekal dan ianya tidak disimpan di dalam storan komputer anda. Ianya akan dipadamkan setelah anda menutup 'browser' anda

Rangkaian ke Laman Web lain
Portal Yayasan Pelajaran MARA mempunyai rangkaian kepada laman web badan kerajaan dan bukan kerajaan lain. Polisi privasi ini hanya tertakluk kepada Portal Yayasan Pelajaran MARA dan perlu diingatkan laman web lain mempunyai polisi privasi yang berbeza. Kami menyarankan agar anda membaca dan memahami setiap polisi privasi laman web yang lain

Perubahan Dasar Polisi Privasi
Jika terdapat sebarang perubahan dasar polisi privasi kami, ianya akan dikemaskini pada halaman ini. Membuat layaran ke halaman ini secara berskala memberikan anda maklumat yang terkini terhadap sebarang maklumat yang dikumpul, bagaimana digunakan di dalam sebarang situasi dan jika ada, bagaimana perkongsian maklumat ini dibuat bersama organisasi yang lain.

Pertanyaan / Aduan
Sebarang pertanyaan ataupun aduan mengenai dasar polisi privasi ini atau Portal Yayasan Pelajaran MARA, sila hubungi kami di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini33
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini801
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1765
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102342

Anda berada di halaman: Halaman Utama Dasar Polisi Privasi
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279