Articles


PENGENALAN

Skim Bimbingan Pendidikan YPM Bersamamu (SBSM) merupakan satu lagi strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk tampil kehadapan bagi sama-sama membantu pelajar-pelajar miskin terutamanya dari aspek pendidikan. Skim ini adalah usahasama dengan rakan strategik TV3 yang berperanan membantu dalam mengenalpasti anak-anak yang memerlukan bantuan dalam meneruskan dan mempertingkatkan tahap pendidikan

OBJEKTIF

  • Memberi bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan bulanan pelajar;
  • Membiayai sepenuhnya Yuran-yuran Persekolahan dan Yuran Peperiksaan;
  • Menyediakan peruntukan tahunan bagi Pakaian Seragam Sekolah serta keperluan persekolahan seperti alat tulis; buku-buku latihan / rujukan;
  • Memberikan bimbingan, nasihat dan petunjuk kepada pelajar melalui Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan (PKIP), Program Peningkatan Kemahiran Belajar dan sebagainya;
  • Membantu pelajar mendapatkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; dan
  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa dan keluarga pelajar dalam mebimbing kemajuan pendidikan anak-anak melalui Program Peningkatan Kemahiran Keibubapaan.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

Pemohon adalah dari kalangan peserta program realiti amal Bersamamu TV3 yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh YPM

HUBUNGI KAMI

  • Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
  • En Puarsuha Abdul Razak
    Pengurus Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
    Yayasan Pelajaran Mara
    No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
    50300 Kuala Lumpur
    No. Telefon   : 03 - 2691 3719
    No. Faks      : 03 - 2691 3721
    Email           : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    En Rejal Jamaluddin
    Eksekutif Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah
    Yayasan Pelajaran Mara
    No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
    50300 Kuala Lumpur
    No. Telefon   : 03 - 2691 3719
    No. Faks      : 03 - 2691 3721
    Email           : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

     

    logo ypm-shadow 



    YAYASAN PELAJARAN MARA

    ARAS 18, MENARA MARA, NO. 232 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
    50100 KUALA LUMPUR

    TEL : +603-2692 7273 / 2692 7015 | FAKS : +603-2692 7279