Program Bakti limu (PBI) dibangunkan khusus untuk anak-anak yatim seluruh Malaysia yang mana bilangannya bertambah dari hari ke sehari. Sebagai organisasi yang bertindak sebagai pelengkap pendidikan Bumiputera, program khas ini bertujuan untuk membantu memastikan anak-anak yatim seluruh Malaysia di beri penumpuan bagi membolehkan mereka memperolehi kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Semoga dengan usaha ini ianya dapat membantu ke arah usaha melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran, mantap taraf sosio-ekonomi, mempunyai keperibadian yang mulia serta bermanfaat kepada bangsa Melayu dan masyarakat Bumiputera yang Cemerlang, Gemilang dan terbilang. Matlamat pelaksanan PBI ialah untuk membantu mempertingkatkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak yatim seluruh Malaysia ke arah melahirkan bangsa Melayu dan masyarakat Bumiputera Islam yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Anak-anak yatim dari persatuan-persatuan dan rumah-rumah anak yatim seluruh Malaysia khusunya yang bergabung di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat Menengah (Tingkatan 5) golongan pendidik dan golongan penjaga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan akademik dan pendidikan sahsiah anak-anak yatim yang bhakal menjadi pemimpin masa depan. Pemilihan dan penyediaan komponen dan pengisian aktiviti PBI adalah berdasarkan kepada matlamat untuk membantu ke arah menjayakan proses anjakan paradigma masyarakat Bumiputera terhadap peranan dan tanggungjawab setiap individu menguasai ilmu dan pendidikan. YPM menggunakan kepakaran luar dalam membangunkan pengisian komponen PBI merangkumi institusi-institusi, penyelidikan-penyelidikan, pensyarah-pensyarah dan guru-guru pakar bidang terlibat serta kaunselor-kaunselor berwibawa. Pelaksanaan PBI direncanakan melalui perbincangan-perbincangan antara YPM dan PEYATIM serta pengurusan Rumah-rumah Anak Yatim dan Miskin. Melalui persetujuan bersama, dua jawatankuasa ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Bersama Induk PBI dan Jawatakuasa Pengelola Pelaksanaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBI, keberkesanan aktiviti PBI dan ianya memberi manfaat serta mencapai matlamat mempertingkatkan tahap ilmu dan pendidikan anak-anak yatim seluruh Malaysia. Penubuhan Sudut Ilmu menggabungkan beberapa syarikat korporat yang menyumbangkan komputer dan bahan bacaan. Penghuni rumah-rumah anak yatim berkenaan diberi bimbingan untuk mengurus dan mengendalikan Anjung Ilmu mereka sendiri. Sementara YPM sebagai fasilitator bertindak sebagai pemudahcara dan pemantau keberkesanannya bagi memastikan ia dimanfaatkan sebaik mungkin. YPM juga membantu pihak PEYATIM dalam usaha mereka menggalakkan insan yatim menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Melalui Kolej Teknologi Bistari iaitu kolej di bawah PEYATIM , YPM telah menyumbang komputer bagi meningkatkan kemudahan prasarana ICT dalam memberi keselesaan pembelajaran kepada pelajar – pelajar.PENGENALAN
MATLAMAT
OBJEKTIF
KUMPULAN SASARAN
KOMPONEN / PENGISIAN PROGRAM

PROSES PELAKSANAAN

