Yayasan Pelajaran MARA (YPM) setelah lebih 36 tahun penubuhannya masih teguh berdiri dan bersemangat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan golongan Bumiputera di negara ini.
Penubuhan YPM ialah hasil idea, HASRAT dan ASPIRASI PEJUANG serta PEMIMPIN MELAYU dahulu yang ingin melihat anak bangsanya maju seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kita amat bertuah sekali memiliki dan mempunyai golongan pemikir dan pemimpin yang berwawasan serta berpandangan jauh. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab YPM untuk meneruskan perjuangan demi memastikan harsrat pemimpin berwawasan ini dapat dilaksanakan.
Perjuangan ini tidak akan mampu diteruskan tanpa sokongan padu dan penglibatan setiap lapisan masyarakat Bumiputera meliputi agensi kerajaan dan badan korporat. Penglibatan, kerjasama dan sokongan setiap lapisan masyarakat Bumiputera merupakan kunci utama kepada kejayaan YPM dalam usaha untuk mencapai matlamat ini.
Sejajar dengan motto YPM iaitu "YPM sebagai Pelengkap Ilmu dan Pendidikan Bumiputera", YPM berazam dan bertekad untuk meneruskan dan mempertingkatkan lagi usaha dalam pelaksanaan program-program strategik kearah membantu golongan Bumiputera untuk mempertingkatkan taraf hidup melalui kemajuan dalam bidang pendidikan selaras dengan hasrat dan impian Y.A.B Perdana Menteri kita.
Untuk itu, pelbagai pendekatan dan kaedah dibangunkan oleh YPM bagi memastikan program-program strategik YPM ini meliputi kumpulan sasaran disetiap peringkat dan lapisan masyarakat Bumiputera agar mampu mencapai matlamat penubuhan YPM dalam membantu mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi golongan Bumiputera.