Portal Yayasan Pelajaran MARA

Sejarah Penubuhan YPM

STATUS, PENUBUHAN DAN TUJUAN
logo ypmYayasan Pelajaran MARA ialah suatu perbadanan yang telah ditubuhkan dibawah seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dan, dinamakan Perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969, dan disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada 1 haribulan November, 1968.

Menurut Peraturan-Peraturan Yayasan Pelajaran MARA yang diwartakan pada 1 Mei 1969, maksud dan tujuan penubuhan YPM adalah:

  1. untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan bagi Bumiputera;
  2. untuk menggalakan pelajaran dan latihan Bumiputera; dan
  3. untuk menubuhkan dan mengadakan biasiswa, pemberian dan lain-lain bantuan wang kepada Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YPM
Dalam tempoh masa 13 tahun pertama penubuhan, fokus YPM lebih tertumpu kepada aktiviti pengumpulan harta dan aset. Tempoh masa 14 tahun seterusnya (1983 - 1997) ialah tempoh masa yang sangat aktif bagi YPM dalam memenuhi maksud dan tujuan penubuhan YPM yang pertama dan kedua iaitu untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan bagi Bumiputera, dan untuk menggalakkan pelajaran dan latihan Bumiputera.

Penubuhan kolej pertama iaitu MARA Community College (MCC) di Kuantan, Pahang pada tahun 1983, dan kejayaan perlaksanaan konsep program "twinning" (2+2) dengan universiti-universiti Amerika Syarikat telah mengorak langkah YPM dengan pengendalian program konsep "twinning" ini dengan universiti-universiti di United Kingdom, Australia, Ireland dan Jepun. Seramai lebih 3,000 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Walaubagaimana pun maksud dan tujuan penubuhan YPM yang ketiga iaitu untuk menubuh dan mengadakan biasiswa, pinjaman, pemberian dan lain-lain bantuan wang kepada bumiputera bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran masih tidak dapat dilaksanakan dan dipenuhi.

Justeru pada bulan Mei 2003 perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969 dipinda sebagai "Peraturan-Peraturan Yayasan Pelajaran MARA (pindaan) 2003" yang melibatkan pengwujudan dua entiti berasingan iaitu entiti pendidikan dan entiti Dana YPM. Pada 1 September 2003 pentadbiran dan pengurusan semua kolej YPM dan aktiviti pendidikan YPM diambilalih oleh syarikat kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik MARA.

Fokus Yayasan Pelajaran MARA kini tertumpu sepenuhnya kepada penubuhan, pentadbiran dan pengurusan tabung dana "KUMPULAN WANG YPM" bagi tujuan bantuan kewangan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan taraf hidup golongan Bumiputera.

 

Sumbangan Anda

Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Rujukan: LHDN .01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 
10 April 1969

Sebarang Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my

Statistik Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam216
mod_vvisit_counterMinggu Ini802
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1660
mod_vvisit_counterBulan Ini1766
mod_vvisit_counterBulan Lepas9625
mod_vvisit_counterKeseluruhan102343

Anda berada di halaman: Halaman Utama Profil YPM Sejarah Penubuhan YPM
                                   
TINGKAT 9, MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT 50810 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL : 603-2692 7273 / 2692 7015     FAX - 603-2692 7279