Kandungan
1Maklumat Terkini
Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my
  Untitled Document

CAREER DEVELOPMENT CENTRE (CDC)

Career Development Centre YPM (CDC) ialah pusat maklumat maya (virtual centre) yang diwujudkan oleh YPM dengan usahasama pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Open University Malaysia (OUM). Career Development Centre ini dibangunkan untuk menjadi pusat maklumat dan perkhidmatan berkaitan Kerjaya dan Keusahawanan bagi membantu dan menghubungkan kumpulan sasaran dibawah PPK dan juga pihak awam yang berkenaan.

Pusat ini juga merupakan pendekatan YPM dalam mengadakan satu bentuk sokongan berterusan dan pemantuan kepada kumpulan yang telah mengikuti aktiviti PRIDE. Melalui CDC, kumpulan sasaran dapat memperolehi maklumat dan panduan berkaitan prospek kerjaya, latihan praktikal, dan peluang perniagaan.

Objektif
  1. Mewujudkan suatu Komuniti Bestari (Intelligent Community) menerusi pengwujudan CDC.
  2. Menyediakan Maklumat mengenai Peluang-peluang Pekerjaan (Job Opportunities & Vacancies).
  3. Menyediakan kemudahan kepada para graduan untuk memuatkan "Resume" mereka dalam Portal ini.
  4. Memberi kemudahan kepada para Majikan untuk mendapatkan calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan diorganisasi / syarikat mereka.
  5. Menyediakan maklumat kepada para pelajar sekolah, guru-guru dan ibu-bapa mengenai Kerjaya serta menyediakan perkhidmatan Bimbingan Kerjaya (Career Guidance & Counselling).
  1. Menyediakan maklumat kepada para pelajar sekolah, guru-guru dan ibu-bapa mengenai Kerjaya serta menyediakan perkhidmatan Bimbingan Kerjaya (Career Guidance & Counselling).
  2. Memberikan maklumat untuk para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengenai kemudahan-kemudahan tempat-tempat untuk mereka menjalani latihan praktikal / industri.
  3. Memberikan maklumat mengenai pembangunan kerjaya (Career Development) serta kemudahan-kemudahan latihan dan pembelajaran yang disediakan oleh Institusi-Institusi dan pengendali-pengendali latihan dari dalam dan luar negara.
  4. Memberikan maklumat mengenai kegiatan dan aktiviti yang boleh menjana pendapatan (income generating activities).

Sebarang maklumat lanjut mengenai Career Development Centre ini, sila layari www.cdcypm.com atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emailkan pertanyaan anda ke contact@ypm.org.my

 

  hyperangkai
1
1
1
Intranet
Informasi
Tarikh Hari Ini
   
  Tarikh Akhir Kemaskini