|
PROGRAM KECEMERLANGAN ILMU DAN PENDIDIKAN YPM (PKIP) |
Pendahuluan
Matlamat pelaksanaan Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM ialah bagi mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar Bumiputera disetiap peringkat persekolahan. |
|
Objektif
Objektif pelaksanaan Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM ini antara lain merangkumi perkara berikut:
-
Memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran berfikir dan kaedah alternatif dalam pembelajaran matapelajaran-matapelajaran kritikal;
-
Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar Bumiputera khususnya dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains;
-
Membantu ke arah menjayakan proses anjakan paradigma masyarakat Bumiputera terhadap peranan dan tanggungjawab dalam menguasai ilmu dan pendidikan;
-
Memberi pendedahan dan bimbingan kepada ibubapa dan guru-guru kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran alternatif dan inovatif dalam matapelajaran-matapelajaran kritikal.
Kumpulan sasaran
Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM disasarkan kepada tiga kumpulan iaitu:
- Pelajar
Dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkan pengajian tinggi
- Ibu bapa
Fokus kepada ibu bapa 'muda' dalam lingkungan umur tiga puluhan
- Guru-guru
Fokus kepada guru-guru diperingkat persekolahan rendah dan menengah
Aktiviti Program
Pelbagai aktiviti diadakan dibawah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM. Senarai aktiviti ini akan diubahsuai berdasarkan situasi semasa dan dimantapkan dari masa kesemasa. Aktiviti yang dikenalpasti bagi tujuan kerjasama ini merangkumi:
|
- Bengkel Kecemerlangan Matematik
- Bengkel Kecemerlangan Bahasa Inggeris
- Bengkel Kecemerlangan Sains
- Kem Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan YPM
- Seminar Keibubapaan Membimbing Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Anak-Anak
|
|