Kandungan
1Maklumat Terkini
Sumbangan Anda Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai YPM, sila ajukan pertanyaan anda kepada alamat email kami di: contact@ypm.org.my
  Untitled Document
SKIM ANAK ANGKAT YPM (SAAT)

Pendahuluan
Skim Anak Angkat YPM (SAAT) adalah merupakan satu strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu pelajar Bumiputera, khasnya di luar bandar, di dalam menyediakan bantuan kewangan persekolahan. Skim ini menggunakan Komsep Anak - Keluarga Angkat bagi mewujudkan semangat kekeluargaan dikalangan pihak-pihak yang menyertai skim ini.

Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk:

  1. Memberi bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan persekolahan
  2. Memastikan pelajar Bumiputera yang miskin mampu untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah
  3. Memberi galakan intrinsik dan ekstrinsik kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik
  4. Memberikan perangsang, petunjuk, nasihat serta bimbingan bagi membentuk jatidiri pelajar

Anak - Angkat
Anak - Angkat adalah pelajar-pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan rendah, terutamanya di luar bandar

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Sekolah Rendah : Tahun 1 - Tahun 6
    • Sekolah Menengah : Tingkatan 1 - Tingkatan 5
  3. Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak
  4. Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Skim Anak Angkat SAAT/B01/05 yang asal
  5. Permohonan mestilah dicadangkan oleh pihak sekolah pemohon

Keutamaan diberikan kepada pemohon di dalam kategori berikut:

  1. Pemohon merupakan Anak Yatim / Yatim Piatu / Anak Ibu Tunggal
  2. Pemohon adalah daripada keluarga yang mempunyai ramai tanggungan
  3. Pemohon adalah dari kawasan luar bandar

Keluarga Angkat
Keluarga Angkat adalah mereka yang menghulurkan sumbangan kewangan kepada Anak-Anak Angkat SAAT melalui YPM, pada setiap tahun atau setiap enam bulan mengikut kadar yang ditetapkan.

Kategori Keluarga Angkat

Keluarga Angkat Individu
Terdiri daripada individu yang menyertai SAAT secara sukarela dan memberikan sumbangan mengikut kadar yang telah ditetapkan secara berterusan

Keluarga Angkat Korporat
Terdiri daripada persatuan/pertubuhan/syarikat yang menyertai SAAT secara sukarela dan memberikan sumbangan mengikut kadar yang telah ditetapkan secara berterusan

Peranan Keluarga Angkat

  • Memberikan sumbangan kewangan kepada Anak Angkat yang dipilih melalui YPM mengikut kadar dan kekerapan yang telah ditetapkan
  • Memberikan galakan dan sokongan demi kemajuan akademik dan personaliti anak-angkat
  • Menghulurkan bantuan kepada anak - anak angkat untuk tinggal bersama melalui Program Homestay Keluarga Angkat
  • Memperkenalkan Skim Anak Angkat kepada rakan-rakan dan keluarga bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai individu di dalam Skim Anak Angkat YPM (SAAT)

Kadar Bantuan

Tahap Persekolahan
Bantuan Sebulan
Tahun 1 - Tahun 3
RM40.00
Tahun 4 - Tahun 6
RM50.00
Tingkatan 1 - Tingkatan 3
RM60.00
Tingkatan 4 - Tingkatan 5
RM70.00

Kadar bantuan adalah bagi tempoh sehingga pelajar terpilih menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah sahaja.

Yayasan Pelajaran MARA tidak mengenakan apa-apa caj ke atas Keluarga Angkat yang menyertai skim ini. Sebaliknya, Keluarga Angkat yang menyertai skim ini adalah layak mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan tahunan.

Kekerapan Dan Agihan Bantuan
Agiahan bantuan kepada pelajar-pelajar yang terpilih adalah melalui Akaun Simpanan (GIRO) BankSimpanan Nasional

Agihan bantuan akan dilakukan seperti berikut:

Kekerapan
Tempoh bantuan
Tarikh Agihan
Agihan 1
Januari - April
Mac
Agihan 2
Mei - Ogos
Jun
Agihan 3
September - Disember
Oktober

Tatacara Penyertaan Sebagai Keluarga Angkat

  1. Melengkapkan Borang Penyertaan - SAAT/KA/B01/05
  2. Mengembalikan Borang Penyertaan di atas kepada Yayasan Pelajaran MARA dengan segera
  3. Membuat pemilihan anak-angkat mengikut cadangan yang dikemukakan oleh Yayasan Pelajaran MARA berdasarkan kepada kriteria dan keutamaan yang disediakan oleh Keluarga Angkat
  4. Mengesahkan bilangan anak-angkat, jumlah sumbangan serta tarikh berkuat-kuasa penyertaan sebagai Keluarga Angkat
  5. Menjelaskan bayaran sumbangan mengikut kekerapan yang telah ditetapkan

Tatacara Permohonan Dan Pemilihan Anak-Angkat

  1. Melengkapkan Borang Permohonan SAAT/B01/05 dan dikembalikan kepada YPM melalui pihak sekolah
  2. Pemilihan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran MARA.
  3. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada penilaian oleh Jawatan Pemilihan Skim Anak Angkat YPM
  4. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Skim Anak Angkat YPM adalah muktamad
  hyperangkai
1
1
1
Intranet
Informasi
Tarikh Hari Ini
   
  Tarikh Akhir Kemaskini