SKIM BANTUAN PENDIDIKAN (SBP)
Pendahuluan
Skim Bantuan Pendidikan (SBP) adalah merupakan satu strategi dan usaha
Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu pelajar Bumiputera, khasnya di
luar bandar, di dalam menyediakan bantuan kewangan persekolahan.
Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk:
- Memberi bantuan kewangan untuk membiayai pelajaran.
- Memberi galakan intrinsik dan ekstrinsik kepada pelajar untuk mempertingkatkan
prestasi akademik.
- Meningkatkan taraf pendidikan Bumiputera.
Kadar Bantuan
Tahap Persekolahan |
Bantuan Sebulan |
Tahun 1 - Tahun 3 |
RM40.00 |
Tahun 4 - Tahun 6 |
RM50.00 |
Tingkatan 1 - Tingkatan 3
|
RM60.00 |
Tingkatan 4 - Tingkatan 5
|
RM70.00 |
Cara Agihan
Agihan bantuan kepada pelajar-pelajar yang terpilih adalah melalui Akaun
Simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional. Agiahan akan dilakukan pada
jangkamasa berikut:
Kekerapan |
Tempoh Bantuan |
Tarikh Agihan |
Agihan 1 |
Januari - April |
Mac |
Agihan 2 |
Mei - Ogos |
Jun |
Agihan 3 |
September - Disember |
Oktober |
Tatacara Permohonan Dan Pemilihan
- Melengkapkan borang permohonan asal dengan menggunakan Borang Permohonan
:
- Mengembalikan Borang Permohonan berserta salinan dokumen - dokumen
yang diperlukan kepada Yayasan Pelajaran MARA melalui pihak sekolah.
- Pemilihan adalah berdasarkan kepada syarat - syarat kelayakan yang
ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran MARA sepertimana yang dinyatakan
pada Lampiran SBP/M01/K04.
- Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada penilaian oleh Jawatankuasa
Pemilihan Skim Bantuan Pendidikan YPM.
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Skim Bantuan Pendidikan YPM adalah
muktamad.
Kriteria Pemilihan
- Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia
| |
Sekolah Rendah |
: |
Tahun 1 - Tahun 6 |
| |
Sekolah Menengah |
: |
Tingkatan 1 - Tingkatan 5 |
- Pendapatan keluarga pemohon mestilah tidak
melebihi RM600.00 sebulan
- Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara
tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak.
- Pemohon mestilah mempunyai Akaun Simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional.
- Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Skim Bantuan Persekolahan
yang asal.
- Permohonan mestilah diperakukan oleh Ahli Perlimen/Ahli Dewan Undangan
Negeri Barisan Nasional.
Keutamaan diberikan kepada pemohon di dalam kategori berikut:
- Pemohon merupakan Anak Yatim / Yatim Piatu / Anak Ibu Tunggal.
- Pemohon adalah daripada keluarga yang mempunyai ramai tanggungan.
- Pemohon adalah dari kawasan luar bandar.
|