SKIM BIMBINGAN PENDIDIKAN YPM BERSAMAMU
Pendahuluan
Skim Bimbingan Pendidikan YPM Bersamamu diwujudkan di atas rasa penuh keinsafan Yayasan Pelajaran MARA terhadap kesulitan hidup sebahagian daripada masyarakat. Ini merupakan satu lagi strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu pelajar-pelajar miskin terutamanya dari aspek pendidikan. |
|
Skim ini menyediakan bantuan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
- Memberi bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan bulanan pelajar;
- Membiayai sepenuhnya Yuran Persekolahan Tahunan dan Yuran Peperiksaan;
- Menyediakan peruntukan tahunan bagi Pakaian Seragam Persekolahan serta keperluan persekolahan seperti alat tulis; buku-buku latihan / rujukan;
- Memberikan bimbingan, nasihat dan petunjuk kepada pelajar melalui Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan, Program Peningkatan Kemahiran Belajar dan sebagainya;
- Membantu pelajar mendapatkan peluang melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan
- Memberi sokongan moral kepada ibubapa dan keluarga berkenaan di dalam kemajuan pendidikan anak-anak mereka melalui Program Peningkatan Kemahiran Keibubapaan.
Pelajar
Pelajar-pelajar adalah daripada anak-anak / jagaan keluarga berpendapatan rendah, yang dikenalpasti oleh TV3 melalui program realiti amal 'Bersamamu'.
Syarat-syarat Kelayakan


|
- Pemohon mestilah sedang belajar disekolah-sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak.
- Sek Rendah : Tahun 1 - Tahun 6
- Sek Menengah : Tingkatan 1- tingkatan 5
- Pemohon mestilah mempunyai akaun Simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional.
- Pemohon mestilah menggunakan Borang Permohonan Skim Bimbingan Pendidikan YPM Bersamamu, SBPB/B01/06 yang asal.
- Permohonan mestilah dicadangkan oleh pihak sekolah pemohon dan diperakukan oleh Ahli Parlimen/Ahli Undangan Negeri Barisan Nasional yang berkenaan
|
Jenis dan kadar bantuan
Jenis Bantuan |
Kadar (RM) |
Bantuan Kewangan Bulanan
| Sekolah Rendah |
| |
Tahun 1 - Tahun 3 |
| |
Tahun 4 - Tahun 6 |
| |
|
| Sekolah Menengah |
| |
Tingkatan 1 - Tingkatan 3 |
| |
Tingkatan 4 - Tingkatan 5 |
|
Berdasarkan tahap persekolahan
| |
RM40.00 sebulan |
| RM50.00 sebulan |
| |
|
| |
| RM60.00 sebulan |
| RM70.00 sebulan |
|
Pembiayaan Yuran Persekolahan Tahunan
Merangkumi Yuran Sekolah, Yuran Ko - kurikulum, Yuran Hari Sukan dan lain - lain.
|
Bergantung kepada Yuran Sebenar yang dikenakan oleh pihak sekolah berkaitan dan tertakluk kepada jumlah maksima RM150.00 bagi setiap pelajar.
|
| Pembiayaan Yuran Peperiksaan |
Bergantung kepada Yuran Sebenar yang dikenakan oleh Kementerian Pelajaran dan tertakluk kepada jumlah maksima RM100.00 bagi setiap pelajar. |
Pembiayaan pakaian Seragam dan keperluan persekolahan
Merangkumi Pakaian Seragam Persekolahan serta keperluan persekolahan seperti alattulis, buku-buku latihan / rujukan
|
Bergantung kepada Yuran Sebenar yang dikenakan pihak sekolah berkaitan dan tetakluk kepada jumlah maksima RM280.00 bagi setiap pelajar.
|
Kekerapan dan agihan bantuan
Bayaran bantuan kepada pelajar-pelajar yang terpilih adalah melalui Akaun Simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional.
Kekerapan |
Tempoh bantuan |
Tarikh Bayaran |
Bayaran 1 |
Januari - April |
Mac |
Bayaran 2 |
Mei - Ogos |
Jun |
Bayaran 3 |
September - Disember |
Oktober |
Tatacara permohonan dan pemilihan pelajar
- Melengkapkan Borang Premohonan SBPB/B01/06 dan dikembalikan kepada YPM melalui pihak sekolah.
- Pemilihan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran MARA.
- Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada penilaian oleh Jawatankuasa Pemilihan Skim Bantuan Pendidikan YPM.
|