Skim
Pembiayaan Pendidikan YPM ( dahulunya dikenali sebagai Skim Pinjaman
Pendidikan YPM ) dengan singkatan nama SPIN diwujudkan bagi menyediakan
kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya Bumiputera dari keluarga yang
berpendapatan sederhana.
Pelaksanaan
SPIN bukan sekadar langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dan sederhana tetapi ia juga merupakan usaha
dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka yang memperolehi
keputusan akademik yang sederhana dan tidak mendapat tempat atau
tawaran dimana-mana institusi pengajian tingi awam (IPTA), dan juga
tidak memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat
Diploma yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Kemudahan
pembiayaan pendidikan yang disediakan dibawah SPIN membolehkan golongan
pelajar ini berpeluang untuk menyambung pengajian dengan mengikuti
program / kursus pengajian diperingkat Sijil, Pra-Diploma, Sijil
Kemahiran dan Asas ( Foundation ) yang mana selalunya tidak mendapat
tajaan atau tidak banyak kemudahan pembiayaan dari badan-badan penaja
utama atau sedia ada.
Memberi
peluang dan membolehkan lebih ramai pelajar Bumiputera meneruskan
pengajian di institusi pengajian tinggi;
ii.
Mengadakan
bantuan kewangan ke arah memperbaiki taraf pendidikan Bumiputera;
iii.
Menyediakan
kemudahan pembiayaan pendidikan dan peruntukan berkaitan untuk
golongan berpendapatan rendah atau miskin bagi maksud membolehkan
mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
JAWATANKUASA
PEMBIAYAAN DAN BANTUAN PENDIDIKAN YPM
1.
KEANGGOTAAN
JAWATANKUASA :
PENGERUSI
YBhg
Tuan Haji Mohamed Ashaaree bin Mahmood
Ahli
Lembaga Pengarah YPM
PENGERUSI
SILIH GANTI
YBhg
Encik Mohd Ali bin Mansor
Ketua
Pegawai Eksekutif YPM
AHLI
1.
Pengarah Penganjuran MARA
2. Pengarah Undang-Undang MARA
3. Timbalan Ketua Eksekutif YPM
4. Pengurus Kanan Pembiayaan dan Bantuan YPM
5. Pengurus Kewangan dan Akaun YPM
Pemohon
mestilah seorang Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2.
Pemohon
mestilah telah menerima tawaran kemasukan atau sedang mengikuti
pengajian di peringkat Sijil, Pra-Diploma, Asas (Foundation),
Matrikulasi, Sijil Kemahiran atau peringkat lain, dan di dalam
bidang / kursus
pengajian yang diluluskan oleh YPM serta di institusi
pengajian tinggi yang berdaftar di bawah SPIN.
3.
Pemohon
mestilah daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi
syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan
tahunan adalah tidak melebihi RM80,000.00.
4.
Pemohon
tidak menerima bantuan/pinjaman pendidikan dari mana-mana
badan penaja / pihak.
Permohonan
institusi pengajian tinggi untuk berdaftar di bawah SPIN boleh
dikemukakan oleh IPT berkenaan kepada YPM atau melalui jemputan
/ tawaran dari YPM. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen
yang ditetapkan oleh YPM.
2.
Setiap
institusi pengajian MESTI telah mendapat akreditasi penuh
daripada Agensi Kelayakan Malaysia atau berdaftar dengan badan
yang berkenaan.
3.
Senarai
institusi pengajian tinggi yang layak mendapat kemudahan pembiayaan
melalui SPIN akan dikemaskini dari masa ke semasa, bergantung
kepada kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan dan Bantuan Pendidikan
YPM dan perakuan Lembaga Pengarah YPM.
Setiap
program / kursus pengajian yang dibiayai MESTILAH
telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan
Malaysia, (Malaysian Qualifications Agency, MQA), Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia atau
lain-lain badan pensijilan.
2.
Senarai
Program / Kursus Pengajian yang berdaftar di bawah SPIN dan
pelajar boleh memohon pembiayaan akan dikemaskini dari masa
ke semasa, bergantung kepada permintaan dan keperluan semasa.
Jumlah
pembiayaan yang diberikan melalui SPIN adalah berdasarkan
Yuran Pengajian sebenar dan tertakluk kepada kadar maksima
seperti diluluskan oleh Lembaga Pengarah YPM.
2.
Kadar
maksima pembiayaan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada
situasi semasa dan akan disemak dan dipinda dengan kelulusan
Jawatankuasa Pembiayaan dan Bantuan Pendidikan YPM serta perakuan
Lembaga Pengarah YPM.
3.
Pembiayaan
adalah HANYA bagi pelajar yang mengikuti pengajian sehingga
TAMAT kursus pengajian yang diambil.
4.
YPM
tidak akan membiayai pelajar yang tidak mengikuti pengajian
sehingga tamat sama ada pelajar berhenti sendiri atau diberhentikan
oleh institusi.
5.
Pembiayaan
yuran pengajian akan disalurkan terus kepada institusi
pengajian tinggi dan mengikut kadar sebenar Yuran Pengajian
bagi kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar dan tertakluk
kepada kadar maksima pembiayaan yang ditetapkan oleh YPM.
Kemudahan
pembiayaan untuk elaun sara hidup bagi pelajar yang dibiayai di
bawah SPIN disediakan bagi pelajar yang layak sahaja.
Syarat
permohonan kemudahan pembiayaan elaun sara hidup adalah berdasarkan
pendapatan tahunan keluarga dengan kadar elaun
seperti berikut :
Syarat
- Pendapatan Keluarga /Tahun
Kadar
Elaun / Bulan
Kurang
daripada
RM 30,000
RM
300
Kelulusan
pembiayaan elaun sara hidup hanya adalah bergantung kepada dana
terkumpul Kumpulan Wang YPM dan tertakluk kepada dasar pembiayaan
terkini YPM.