Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melaksanakan inisiatif CSR yang disalurkan kepada pelajar miskin peringkat persekolahan. Bantuan yang disampaikan adalah sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Inisiatif berbentuk bantuan peralatan/kelengkapan persekolahan / wang tunai adalah berperanan dalam memastikan pelajar dari golongan pertengahan dan rendah mendapat perhatian sewajarnya selain memberi sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga dalam membantu menyediakan keperluan persekolahan.

Inisiatif CSR utama yang dilaksanakan oleh YPM adalah Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP). Skim ini terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:

    1. Skim Bantuan Persekolahan - Rendah & Menengah
      Bantuan “one- off’ berbentuk kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM 500.00 ( Menengah) dan RM 300.00 (Rendah).

    2. Skim Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik
      Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar.

    3. Skim Bantuan Persekolahan – Program Khas
      Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM.

    4. Skim Bantuan Khas Persekolahan
      Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan

    5. Skim Bantuan Persekolahan – Insentif
      Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.


MISI

  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.

  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pemangkin kepada memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar agar berada pada peringkat terunggul.

  • Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan diperkasa.

  • Untuk memastikan SBP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.

  • Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan bermakna kepada pelajar miskin.

  • Untuk memastikan kakitangan SBP sentiasa boleh menerima inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.

  • Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan SBP.


 

OBJEKTIF

  • Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.

  • Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.

  • Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.

  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa / keluarga / penjaga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.


FAEDAH - FAEDAH

Pelajar

  • Nasib terbela.
  • Keperluan sekolah.
  • Tuisyen.
  • Peningkatan akademik.

Penyumbang

  • Tolakan cukai
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • YPM sebagai penyelaras aktiviti "hassle - free".
  • Boleh memilih lokasi sasaran.
  • Boleh memilih kumpulan sasaran.

 


BENTUK DAN KADAR BANTUAN

 


Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.

 


HUBUNGI KAMI


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #sbp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 

 

 

TOLAKAN CUKAI

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 | Tempoh Kuatkuasa Kelulusan : 01 November 1968 - 31 Disember 2025.