Program Celik Al-Quran ini merupakan inisiatif Yayasan Pelajaran MARA dalam usaha mendekatkan golongan muda dengan al-Quran. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Menjadi keutamaan Yayasan Pelajaran MARA juga untuk meningkatkan kemahiran dan kelancaran bacaan di samping membina budaya membaca al-Quran di kalangan anak-anak kita semua.

Tujuan program ini adalah untuk membantu peserta dari kalangan pelajar rendah dan   menengah untuk mempelajari asas bacaan al-Quran yang betul. Pada peringkat permulaannya program ini memberikan penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti hukum tajwid dalam bacaan.

Yayasan Pelajaran MARA juga turut berhasrat mendapatkan khidmat nasihat daripada tokoh atau individu yang begitu sinonim dengan pembelajaran dan pengajian al-Quran sebagai MENTOR program Celik Al-Quran YPM ini kelak. Mentor berperanan sebagai penasihat dalam pelaksanaan Celik Al-Quran agar ianya lebih memberikan impak yang lebih berkesan kepada setiap peserta. Secara tidak langsung ianya akan menjadikan Celik Al-Quran - YPM lebih berdaya maju dalam usaha memupuk cinta kepada al-Quran di kalangan generasi muda.

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #saa

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM