PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TERTIARI

 

Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT) diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak bagi membiayai pengajian diperingkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran .

Pelaksanaan PPT bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak dan kepada yang berminat dengan kemahiran. Mengamalkan konsep “Train & Place” dengan mengutamakan program pengajian yang mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi kepada pelajar yang dibiaya seterusnya dapat meningkatkan keperluan tenaga mahir kepada negara.


TAWARAN BARU SEKSYEN PENDIDIKAN TERTIARI 2021

 

1. JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL (JPPro)

Pembiayaan YPM bagi Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) merupakan satu inisiatif strategik selaras dengan keperluan negara untuk menambah bilangan Akauntan Bertauliah Bumiputera.

JPPro merupakan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memulakan pengambilan pelajar kohot pertamanya pada sesi pengajian akademik 2018/2019. Ia merupakan satu program usahasama di antara KPM, UiTM dan ACCA. 

Dijalankan di Kolej Matrikulasi Selangor, pelajar-pelajar JPPro berpeluang menikmati kerjasama strategik dalam pelbagai bentuk bersama ACCA Malaysia dan UiTM. 

Selepas menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM, pelajar-pelajar akan  ditawarkan peluang pengajian seterusnya ke Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM bagi menamatkan pengajian ACCA mereka. 

JPPro merupakan laluan alternatif pelajar Bumiputera lepasan matrikulasi melanjutkan pengajian terus ke Program Profesional ACCA dalam tempoh pengajian profesional ACCA yang lebih singkat.

2. PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK)

YPM merupakan agensi pelaksana bagi Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) bagi tahun 2020 dan 2021. 

PLKK menyediakan peluang latihan untuk kerjaya khususnya kepada golongan miskin tegar, miskin dan B40 di luar bandar dengan memberi fokus kepada belia berumur 15 hingga 40 tahun.

Kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan tidak melebihi 6 bulan yang mempunyai jaminan kerjaya selepas tamat kursus. Ia bagi mencapai impak peningkatan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi pelajar dan peserta yang terlibat.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 2021

1. TERMINAL TRACTOR OPERATOR

2. METAL PARTS MANUFACTURING

3. AUTOMOTIVE ASSEMBLY TECHNICHIAN

 

3. PROGRAM KEMAHIRAN FABRIC ART – INDIGO DYE

Program kemahiran fabric art – indigo dye ini bertujuan melatih individu yang terkesan akibat daripada pandemik dan seterusnya menyediakan medium untuk mereka menjana pendapatan melalui home-based business. 

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan B40  atau mereka yang terjejas pendapatan semasa pandemik ini, berumur antara 18 hingga 30 tahun, mereka yang kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan dan ingin menjana pendapatan melalui perniagaan atas talian

 

OBJEKTIF PROGRAM 

  • Melatih peserta untuk menguasai kemahiran indigo-dye yang merupakan salah satu bidang seni kreatif fabrik yang mempunyai nilai pasaran yang menggalakkan. Peserta akan dilatih mengolah fabrik menggunakan indigo-dye seperti kain, t-shirt dan kraf indigo.

  • Melatih peserta untuk menjalankan home-based business dengan menjual hasil seni kreatif mereka melalui medium atas talian. Salah satu medium yang tersedia adalah The Tunku Azizah Handmade Market, sebuah medium pemasaran digital yang dikhususkan untuk semua peserta menjual hasil kreativiti mereka secara atas talian.

  • Membimbing peserta menjana pendapatan dan menjadi usahawan dalam bidang fabric art – indigo dye dalam tempoh pemantauan selama enam bulan selepas tamat program kemahiran.

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN

  • Bumiputera , warganegara Malaysia

  • Pelajar telah menerima tawaran pengajian atau telah mendaftar pada pengambilan semasa

  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM .

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #tertiari

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM