TUJUAN

  • Untuk menubuh, menerima dan mentadbir kumpulan wang bagi kemajuan pendidikan, saintifik dan teknologi untuk Melayu dan Bumiputera.

  • Untuk menubuhkan dan menyelenggara biasiswa, pinjaman, pemberian dan bantuan kewangan yang lain kepada Melayu dan Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian.

  • Untuk mengadakan bantuan kewangan ke arah memperbaiki standard pendidikan Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang.

  • Untuk menyumbang bantuan kewangan ke arah penyelidikan dan pengajaran sainstifik bagi maksud meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera.

  • Untuk mengadakan bantuan atau pertolongan lain yang bersampingan dengan atau sesuai bagi pencapaian tujuan tersebut.

VISI

"Menjadi sebuah Yayasan yang unggul dalam memperkasakan taraf pendidikan dan sosio ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera"

 

MISI

  • Untuk mengumpul dana melalui berbagai inisiatif dan instrumen baru yang islamik;;

  • Untuk mengadakan program-program pembangunan modal insan dan transformasi kecemerlangan pelajar;

  • Untuk menjalankan kajian berkaitan pendidikan dan sosio ekonomi Melayu dan Bumiputera;

  • Untuk menjalinkan rangkaian strategik dengan agensi-agensi kerajaan, GLC dan swasta bagi melaksanakan Pembangunan Modal Insan dan penjanaan dana YPM;

  • Untuk memperkasakan pendidikan global di dalam pelbagai bidang tumpuan ke Jepun, Korea dan China;

  • Untuk  mengadakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan oleh warga kerja YPM melalui budaya kerja yang betul.

 

MOTTO

"Melonjak Pendidikan Melayu Dan Bumiputera"