PROGRAM KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN

Merupakan program ‘soft-skills’ bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran belajar serta kepimpinan kumpulan sasaran.

  • Kemahiran Belajar
  • Persediaan Menghadapi Peperiksaan.
  • Teknik Menjawab Soalan.
  • Pecutan Akhir
  • Kem Motivasi / Motivasi kendiri

Program Kemahiran Belajar merupakan program yang memfokuskan kepada teknik belajar bagi persiapan pelajar bagi menghadapi peperiksaan pada tahun akan datang. Seminar teknik menjawab soalan pula adalah seminar persiapan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

Kem kepimpinan pula memfokuskan kepada membentuk sahsiah dan keperibadian seorang pemimpin dalam diri pelajar-pelajar.

Kem motivasi adalah salah satu program pengisian akademik dan motivasi untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan.