PENDAHULUAN

  • Program Tuisyen adalah merupakan salah satu program di bawah Program Pintar Harapan@KPLB secara percuma berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR).

  • Program tuisyen ini dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama dan penyelarasan bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

  • Program tuisyen mensasarkan pelajar-pelajar calon SPM & UPSR dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2016 lagi.

  • Program ini memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan dan pengalaman mengajar guru-guru pakar yang dilantik.

  • Penyertaan individu dan badan-badan korporat untuk menaja program tuisyen ini sangat-sangat dialu-alukan kerana ianya dapat mengembangluaskan faedah program ini untuk dinikmati oleh lebih ramai pelajar.

KONSEP PROGRAM TUISYEN


KUMPULAN SASARAN

Pelajar yang menjadi sasaran YPM bagi program ini adalah dengan memberi keutamaan kepada :

  • Pelajar Bumiputera;

  • Pelajar dari keluarga B40;

  • Pelajar Berprestasi sederhana; dan

  • Pelajar Anak Angkat YPM.

 Selanjutnya...

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Kecemerlangan Pendidikan
Bahagian Pendidikan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM