Selangkah Ke Universiti 

PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI



 

PENGENALAN

Kerjaya meliputi persediaan sebelum seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam bidang pekerjaan serta peranan-peranan lain yang dilakukan selepas seseorang itu bersara. Pemilihan bidang kerjaya dan pendidikan semakin dirasai rumit disebabkan terdapatnya berbagai kebolehan manusia. Di samping itu, kemajuan yang semakin pesat yang dialami oleh negara telah menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang dengan begitu pesatnya.
Di dalam program ini pelajar-pelajar akan didedahkan berkenaan halatuju pendidikan selepas SPM. Pihak YPM dengan kerjasama MARA akan membuka booth pameran IPMA untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar.

 

OBJEKTIF

    1. Memberi pendedahan kepada pelajar pentingnya mempunyai matlamat yang jelas bermula dari sekolah lagi.

    2. Pelajar dan dapat mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM.

    3. Sebagai persediaan awal pelajar menempuh alam kerjaya bermula dengan pemilihan kursus untuk menyambung pelajaran di IPT/IPTS selepas SPM.

    4. Meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar untuk untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik selaras dengan kelayakan melanjutkan pengajian selepas SPM.

    5. Memberi pendedahan kepada pelajar meningkatkan diri tanpa mengira status diri dan keluarga.

    6. Mengetahui keperluan dan kelayakan kelulusan yang perlu dimiliki oleh pelajar untuk menyambung pelajaran selepas SPM.

    7. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tawaran yang diberikan oleh pihak MARA dari aspek pendidikan.

 


SASARAN PESERTA

    1. Melayu dan Bumiputera

    2. Pelajar-pelajar lepasan SPM dan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun 2020 dari seluruh sekolah menengah berdekatan pusat program


RASIONAL KERJASAMA

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Ianya merupakan satu pra syarat kepada kemajuan kerana pendidikan berkait rapat dengan penyebaran dan penghasilan ilmu-ilmu pengetahuan yang dapat membantu manusia membangunkan kehidupan yang lebih baik. Pendidikan berkualiti dan seimbang sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membasmi jenayah jalanan dan penyakit sosial serta membentuk masyarakat yang sejahtera. Pendekatan berkala ini akan dapat membawa perubahan dan suntikan semangat yang baru kepada pelajar-pelajar menerusi program yang disediakan seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti

 


PENUTUP

Pelaksanaan Program Selangkah Ke Universiti  yang akan dilaksanakan ini berupaya membantu pelajar-pelajar sasaran dalam memberi pendedahan kepada mereka akan peuang – peluang pendidikan yang ditawarkan oleh MARA serta meningkatkan lagi kesedaran kepada pelajar – pelajar yang lepasan SPM dan bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 untuk lebih bersemangat dan fokus dalam mencapai kejayaan mereka. Semoga usaha murni ini akan terus diberkati dan segala perancangan dipermudahkan dan terlaksana dengan jayanya

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #skp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM