SEKSYEN KESUKARELAWAN DAN KEPIMPINAN

Seksyen Kesukarelawan dan Kepimpinan YPM mula ditubuhkan pada bulan Mei 2017 dengan penumpuan kepada usaha-usaha mendaftarkan bekas pelajar Japanese Associate Degree (JAD) / Malaysia Japanese Higher Education Project (MJHEP) sebagai Alumni YPM. Usaha ini diteruskan sehingga Persatuan Alumni YPM berjaya didaftarkan sebagai sebuah persatuan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 16 Oktober 2018.

  • Membangunkan dan mengemas kini data sukarelawan YPM khususnya data Alumni YPM, penerima-penerima sumbangan kewangan dan program YPM, NGO dan pelajar IPMA
  • Mencari ruang dan peluang dalam jalinan rangkaian strategik dengan individu atau kumpulan (organisasi), NGO atau bukan NGO bagi bekerjasama menjalankan aktiviti/program sukarelawan dan kepimpinan.
  • Membentuk kepimpinan dalam kalangan sukarelawan (Menyediakan latihan, peluang untuk melatih pemimpin bagi meningkatkan daya kepimpinan dalam kalangan pemimpin-pemimpin pelajar).
  • Mengurus dan menyelia Program Kecemerlangan dan Pembangunan Modal Insan .

Seksyen Sukarelawan dan Kepimpinan adalah berperanan sebagai menyelaras dan melaksanakan Program Kecemerlangan & Pembangunan Insan seperti :

  • Selangkah Ke Universiti
  • Motivasi Tuisyen Harapan
  • Kem Motivasi
  • Motivasi anak Angkat
  • Kemahiran Belajar
  • Teknik Menjawab Soalan
  • Program Cuti Sekolah
  • Program Kem Kepimpinan
  • Aktiviti Sukarelawan

Objektif Seksyen Kesukarelawan dan Kepimpinan

  • Berperanan sebagai pelaksanan program CSR kepada pemegang taruh, rakan strategik dan penyumbang berpotensi;
  • Berperanan sebagai pemangkin kepada kejayaan anak-anak bangsa menerusi suntikan motivasi, kemahiran belajar, bimbingan kerjaya dan program kepimpinan; dan
  • Berperanan sebagai penghubung kepada rakan strategik dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program-program sukarelawan.

Objektif Seksyen Kesukarelawan dan Kepimpinan

  • Berperanan sebagai pelaksanan program CSR kepada pemegang taruh, rakan strategik dan penyumbang berpotensi;

Kumpulan sasaran :

  • Semua pelajar sekolah menengah dan rendah

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Kesukarelawan dan Kepimpinan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #skk

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM