1.0         PENDAHULUAN

1.1         Tuisyen Rakyat @KPLB merupakan program tuisyen secara percuma anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KPLB.

1.2         Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan salah sebuah agensi yang memainkan peranan melaksanakan hasrat KPLB untuk melaksanakan tuisyen ini dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

1.3         Pelaksanaannya adalah berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR) oleh agensi-agensi di bawah KPLB sebagai agen pelaksana iaitu seperti; Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (KESEDAR).

1.4         Tuisyen Rakyat @KPLB yang dilaksanakan oleh YPM merupakan program tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar calon SPM & UPSR dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2016 lagi.

1.5         Pihak sekolah dan ibu bapa yang kurang berkemampuan sangat mengalu-alukan program sebegini kerana dapat memberi peluang kepada anak dan anak didik mereka untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan guru-guru pakar yang dilantik.

 

2.0         OBJEKTIF

2.1         Meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.

2.2         Membantu pelajar mendapat pembelajaran tambahan secara percuma di luar waktu pembelajaran rasmi oleh guru-guru pakar.

 

3.0         PELAKSANAAN DI YAYASAN PELAJARAN MARA

3.1         Berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat di sekolah-sekolah terpilih termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai tuan rumah dengan setiap pusat disertai oleh 100 pelajar sekitar, ianya akan memberi peluang kepada pelajar mendapat bimbingan terus daripada guru-guru pakar kementerian atau MARA.

3.2         Pelaksanaan tuisyen di bawah kelolaan YPM mempunyai 4 komponen utama yang disusun sepanjang 10 pertemuan bagi memastikan pelajar mendapat bimbingan yang berkesan dan dapat memanfaatkan program tuisyen ini pada tahap yang maksimum iaitu:

3.2.1     Teknik belajar secara berkesan;

3.2.2     Latih tubi bagi 4 subjek Teras / Sains;

3.2.3     Teknik menjawab soalan peperiksaan; dan

3.2.4     Motivasi kepada pelajar dan ibu bapa.

3.3         Pelajar yang menjadi sasaran YPM bagi program ini adalah dengan memberi keutamaan kepada :

3.3.1     Bumiputera;

3.3.2     Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR & SPM;

3.3.3     Pelajar dari keluarga B40 ; dan

3.3.4     Berprestasi sederhana

3.4         Program ini mencapai kejayaan apabila dapat membantu mempertingkatkan prestasi dan mutu pelajaran pelajar di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan pelajar yang telah mengikuti program ini sejak 2016 seramai 30,335 orang. Daripada jumlah itu, seramai 12,989 pelajar bagi tahun 2016 dan seramai 17,346 bagi tahun 2017.

3.5         Bagi tahun 2018, YPM mensasarkan program ini dilaksanakan di 216 pusat seluruh negara yang terdiri daripada 105 pusat SPM dan 111 pusat UPSR melibatkan penglibatan seramai 21,600 orang pelajar.

3.6         Usaha murni ini juga telah mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat yang telah mengiktiraf Tuisyen Rakyat @KKLW dengan menaja program tuisyen bagi tahun 2018 ini. Kerajaan amat menyambut baik hubungan strategik begini dengan mana-mana syarikat korporat dan sangat mengalu-alukan penglibatan mereka dalam melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) masing-masing bersama YPM.

 

4.0         KONSEP PROGRAM TUISYEN RAKYAT  @KPLB – YPM 2018

          

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Transformasi Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #stkp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM