PENDAHULUAN

  • Tuisyen MARA merupakan program tuisyen secara percuma berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang dikendalikan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dilantik sebagai penyelaras bersama.

  • Tuisyen MARA mensasarkan pelajar-pelajar calon SPM & UPSR dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2016 lagi.

  • Pihak sekolah dan ibu bapa yang kurang berkemampuan sangat mengalu-alukan program sebegini kerana ianya dapat memberi peluang kepada anak dan anak didik mereka untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan guru-guru pakar yang dilantik.


OBJEKTIF

  • Meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.

  • Membantu pelajar mendapat pembelajaran tambahan secara percuma di luar waktu pembelajaran rasmi oleh guru-guru pakar.


PELAKSANAAN OLEH YAYASAN PELAJARAN MARA

  • Berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat di sekolah-sekolah terpilih termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai tuan rumah dengan setiap pusat disertai oleh 100 pelajar sekitar, ianya akan memberi peluang kepada pelajar mendapat bimbingan terus daripada guru-guru pakar kementerian atau MARA.

  • Pelaksanaan tuisyen di bawah kelolaan YPM mempunyai 4 komponen utama yang disusun sepanjang 10 pertemuan bagi memastikan pelajar mendapat bimbingan yang berkesan dan dapat memanfaatkan program tuisyen ini pada tahap yang maksimum iaitu:

    • Teknik belajar secara berkesan;

    • Latih tubi bagi 4 subjek Teras / Sains;

    • Teknik menjawab soalan peperiksaan; dan

    • Motivasi kepada pelajar dan ibu bapa.

  • Pelajar yang menjadi sasaran YPM bagi program ini adalah dengan memberi keutamaan kepada :

    • Bumiputera

    • Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR & SPM;

    • Pelajar dari keluarga B40 ; dan

    • 3.3.4 Berprestasi sederhana

  • Program ini mencapai kejayaan apabila dapat membantu mempertingkatkan prestasi dan mutu pelajaran pelajar di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan pelajar yang telah mengikuti program ini sejak 2016 seramai 30,335 orang. Daripada jumlah itu, seramai 12,989 pelajar bagi tahun 2016 dan seramai 17,346 bagi tahun 2017.

  • Bagi tahun 2018, YPM telah melaksanakan program ini di 216 pusat seluruh negara yang terdiri daripada 109 pusat SPM dan 107 pusat UPSR melibatkan penglibatan seramai 21,600 orang pelajar secara keseluruhan.

  • Seperti tahun sebelumnya, penglibatan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai penyelaras bersama di setiap pusat terpilih dilihat dapat membantu YPM dalam memastikan program ini dilaksanakan dengan lebih lancar.

  • Usaha murni ini juga telah mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat yang telah mengiktiraf Tuisyen MARA dengan menaja program tuisyen bagi tahun 2018 ini. Kerajaan amat menyambut baik hubungan strategik begini dengan mana-mana syarikat korporat dan sangat mengalu-alukan penglibatan mereka dalam melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) masing-masing bersama YPM.


KONSEP PROGRAM TUISYEN MARA


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Transformasi Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #stkp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM