Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN) diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagi membiayai Yuran Pengajian di peringkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran terpilih.

Pelaksanaan Program Peluang Kedua bukan sekadar langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tetapi ia juga merupakan usaha dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka yang memperolehi keputusan akademik yang sederhana dan tidak mendapat tempat atau tawaran dari mana-mana institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan juga tidak memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).<


 MISI

  • Memberi peluang kedua kepada pelajar Bumiputera yang tercicir meneruskan pengajian.

  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti berkelayakan.

  • Membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar dengan mengamalkan konsep "Train & Place".

  • Menyumbang kepada keperluan tenaga mahir negara dengan membiayai kursus-kursus kemahiran yang menjamin kebolehpekerjaan.

  • Menerapkan nilai jati diri dan nasionalisme kepada kumpulan sasaran.

  • Melebarkan jaringan "networking" dengan rakan strategik pendidikan YPM dan rakan industri.


OBJEKTIF

  • Memberi peluang kedua kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang tercicir meneruskan pengajian.

  • Menyumbang kepada keperluan tenaga kerja mahir.

  • Membantu usahawan pendidikan Bumiputera.

  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

 FAEDAH - FAEDAH

Kumpulan Sasaran

  • Peluang kedua untuk menyambung pengajian.
  • Meningkatkan taraf sosio  ekonomi keluarga.
  • Meningkatkan taraf pendidikan.
  • Meningkatkan jati diri dan nasionalisme.

Penyumbang

  • Mendapat tolakan cukai pendapatan
  • Melahir dan memperkukuhkan usahawan Bumiputera dalam bidang pendidikan
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Membantu mengurangkan keciciran pelajar Bumiputera.
  • Mempromosi syarikat penyumbang.
  • Amal Jariah

 PERMOHONAN PEMBIAYAAN

1. SYARAT - SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  • Pelajar dan salah seorang ibu atau bapa mesti berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.

  • Melepasi kelayakan akademik yang ditetapkan bagi kursus daripada institusi yang dibiaya.

  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM .

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM3, 000.00 sebulan.

  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama (double sponsor).


 2. PENYALURAN PEMBIAYAAN

  • Jumlah pembiayaan tertakluk kepada kadar maksima seperti diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan YPM.

  • Pembiayaan dilakukan HANYA kepada pelajar yang mengikuti pengajian sehingga TAMAT kursus pengajian yang diambil.

  • Pembiayaan yuran pengajian akan disalurkan terus kepada institusi pengajian tinggi dan mengikut kadar yang diluluskan bagi kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar. 


 3. TATACARA PERMOHONAN DAN KELULUSAN

  • Institusi yang berhasrat untuk mempromosi kursus boleh menghubungi pegawai YPM bagi tujuan pendaftaran institusi dan kursus.

  • Kelulusan permohonan bergantung kepada penilaian YPM dan terhad kepada jumlah peruntukan tahunan yang ada.

  • Melengkapkan Borang Permohonan.


4. PROGRAM / KURSUS PENGAJIAN

  • Setiap program atau kursus pengajian yang dibiayai MESTILAH telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia, (Malaysian Qualifications Agency(MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia atau lain-lain Badan Pensijilan yang diiktiraf.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #tertiari

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 

 

TOLAKAN CUKAI

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No.1395 bertarikh 10 April 1969.