Skim Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA yang telah diwujudkan sejak tahun 1983. Ianya adalah satu strategi dalam usaha murni YPM untuk mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

Berkonsepkan Anak-angkat-Keluarga angkat, ianya bermatlamat untuk mempertingkatkan taraf pencapaian dan prestasi pendidikan anak-anak ini, di samping memastikan setiap orang daripada mereka menamatkan pelajaran sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.


ANAK ANGKAT

YPM akan mengenalpasti pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 mengikut kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk dipilih sebagai Anak Angkat.

Walaubagaimanapun, calon-calon anak angkat diberi keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan purata RM3,000.00 ke bawah serta mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.

Menerusi skim ini, pelajar yang dipilih sebagai anak angkat akan menerima wang saku bulanan RM80.00 bagi sekolah rendah dan RM100.00 bagi sekolah menengah.

Program bersepadu seperti bengkel, seminar, kem motivasi, kecemerlangan peperiksaan dan sebagainya turut diadakan sebagai nilaitambah motivasi dan jatidiri mereka untuk terus memastikan peningkatan sahsiah diri dan kecemerlangan.

 

KELUARGA ANGKAT

Dibawah Skim ini juga, penyumbang yang terdiri daripada pihak individu atau korporat dikenali sebagai Keluarga Angkat.

Melalui konsep Keluarga Angkat – Anak Angkat, YPM mengharapkan sumbangan atau penajaan daripada mana-mana individu atau koporat untuk bersama-sama YPM merealisasikan hasrat dan impian anak-anak angkat ini untuk mengubah kehidupan dan masa hadapan mereka.

Sumbangan atau penajaan ini akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar (Anak angkat) yang telah dipilih dan dipersetujui oleh Keluarga Angkat masing-masing mengikut kaedah agihan yang telah ditetapkan .

 


PERANAN YAYASAN PELAJARAN MARA

Selain dari bertindak sebagai perantara diantara Penyumbang dan Penerima Sumbangan, YPM juga merangka dan mengendalikan program-program pembangunan diri secara berkala atau "ad- hoc" seperti Kelas Tuisyen, Program Jati Diri, dan Program Kem Cuti Sekolah Tahunan.

Program-program seperti ini juga bertujuan memberi pendedahan dan membuka minda pelajar dan diharapkan menjadi rangsangan kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup.

YPM sentiasa berusaha mendapatkan sumbangan atau penajaan berbentuk kewangan atau barangan kelengkapan persekolahan untuk memastikan setiap anak-angkat terus menikmati pelbagai manafaat dalam usaha membela nasib mereka yang serba kekurangan.

PEMANTAUAN PRESTASI PELAJAR

YPM sentiasa memantau prestasi dan perkembangan pelajar-pelajar ini dari masa ke semasa. Laporan dan analisa keputusan peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM akan dimajukan kepada Keluarga Angkat sebagai salah satu usaha memastikan keprihatinan YPM dalam melaporkan perkembangan semasa Anak Angkat.

 


PELAN SUMBANGAN

Keluarga Angkat boleh membuat bayaran berkala mengikut jadual dan kaedah sumbangan yang paling mudah mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Bagaimanapun kami mencadangkan Pelan Sumbangan seperti di bawah ini untuk kemudahan kedua-dua pihak iaitu penyumbang dan YPM juga.


PENYERTAAN SEBAGAI KELUARGA ANGKAT

Tatacara Permohonan Keluarga Angkat YPM.

Langkah Pertama - Borang Penyertaan

Permohonan menyertai Keluarga Angkat boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan seperti berikut :-


Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Kecemerlangan Pendidikan
Bahagian Pendidikan,
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Langkah Kedua - Pemilihan Anak Angkat

YPM akan mengemukakan calon-calon Anak Angkat untuk dipilih oleh Keluarga Angkat.

Langkah Ketiga - Sumbangan Keluarga Angkat

Setelah Keluarga Angkat bersetuju dengan pemilihan Anak Angkat, sumbangan boleh dimulakan mengikut jadual sumbangan yang telah dipersetujui oleh Keluarga Angkat.


KAEDAH SUMBANGAN

KAEDAH 1: Portal YPM

Sumbangan Online boleh dilakukan melalui E-Donation YPM.

KAEDAH 2: Sumbangan Wang Tunai atau Cek melalui Kaunter Bank

Nota:
Sila hantar slip sumbangan anda melalui faksimili ke 03-26915199
atau;
secara imbas (scan) dan emailkan kepada : contact.skp<at>ypm.org.my
Iaitu dengan ruangan Subject mengandungi perkataan "SAA"


Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 3: Sumbangan melalui online



    Sila buatkan salinan skrin 'deposit'.
    Emailkan salinan skrin 'deposit' iaitu dengan ruangan Subject mengandungi perkataan "SAA" dan e-mail kepada : contact.skp<at>ypm.org.my
    Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 4: Penghantaran Wang Pos atau Cek melalui Pos

Tuliskan cek atas nama SKIM ANAK ANGKAT YAYASAN PELAJARAN MARA dan poskan ke alamat berikut:

Seksyen Kecemerlangan Pendidikan
Bahagian Pendidikan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.


HUBUNGI KAMI

Pihak kami juga bersedia untuk membuat penerangan lanjut secara terus kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Skim Anak Angkat .

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Kecemerlangan Pendidikan
Bahagian Pendidikan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #saa

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 

 

 

TOLAKAN CUKAI

Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No.1395 bertarikh 10 April 1969.