PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TERTIARI
Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT) diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak bagi membiayai pengajian diperingkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran .
Pelaksanaan PPT bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak dan kepada yang berminat dengan kemahiran. Mengamalkan konsep “Train & Place” dengan mengutamakan program pengajian yang mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi kepada pelajar yang dibiaya seterusnya dapat meningkatkan keperluan tenaga mahir kepada negara.
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN
- Bumiputera , warganegara Malaysia
- Pelajar telah menerima tawaran pengajian atau telah mendaftar pada pengambilan semasa
- Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM .
- Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2, 000.00 sebulan.
- Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.
HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #tertiari
Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM