Soalan Lazim (FAQ)

  • Umum
  • SAA / SKA
  • Bantuan Persekolahan
  • SDEP
  • SPIN
  • Transformasi Kecemerlangan Pelajar
  • TANJAK

Soalan 1. Apakah Fungsi-Fungsi Utama Yayasan Pelajaran MARA ?

Yayasan Pelajaran MARA "Melonjak Pendidikan Melayu & Bumiputera" adalah satu Yayasan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu Bumiputera untuk mempertingkatkan taraf hidup melalui kemajuan dalam bidang pendidikan selaras dengan hasrat dan impian Y.A.B Perdana Menteri kita. Untuk itu, pelbagai pendekatan dan kaedah dibangunkan oleh YPM bagi memastikan program-program strategik YPM ini meliputi kumpulan sasaran disetiap peringkat dan lapisan masyarakat Bumiputera agar mampu mencapai matlamat penubuhan YPM dalam membantu mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi golongan Bumiputera.


Soalan 2. Adakah YPM menawarkan pinjaman pengajian?

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) tidak menawarkan pinjaman pengajian (Loan).

Soalan 3. Adakah tajaan untuk pengajian/pelajaran daripada MARA dikendali oleh YPM?

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) tidak mempunyai kaitan langsung dalam urusan berkaitan tajaan pengajian/pelajaran daripada MARA, anda boleh merujuk perkara ini terus dengan pihak MARA.


Soalan 4. Adakah YPM merupakan sebuah badan kerajaaan?

Tidak. Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan subsidiari MARA.

Soalan 1. Kategori pelajar di dalam Skim Anak Angkat?

Rendah (Tahun 1 hingga 6) dan Menengah (Tingkatan 1 hingga 5).


Soalan 2. Berapakan jumlah pembiayaan bagi skim ini?

  • Kategori Rendah (Sebulan : RM 80.00, Tahunan : RM 960.00)
  • Kategori Menengah (Sebulan : RM 100.00, Tahunan : RM 1,200.00)

Soalan 3. Berapakah julat pendapatan keluarga yang telah ditetapkan bagi memohon skim ini?

Pendapatan keluarga RM 1,500.00 ke bawah @ RM 18,000.00 setahun.


Soalan 4. Bagaimana memohon untuk menyertai skim ini?

Melalui borang Bantuan Persekolahan yang telah diagihkan kepada sekolah atau boleh memuaturun borang melalui Portal YPM. Kepada pemohon yang menelefon sendiri borang permohonan akan dihantar melalui pos.


Soalan 5. Bagaimana cara agihan bantuan dilaksanakan dan medium pengagihan?

Agihan bantuan di salurkan 2 kali setahun dan setakat ini Bank Simpanan Nasional (GIRO) dan Ambank adalah sebagai medium pengagihan bantuan.


Soalan 6. Bagaimana maklumat agihan disampaikan kepada penerima?

Surat penyaluran agihan akan dihantar kepada pengetua/guru besar sekolah dan pihak sekolah bertanggungjawab untuk menyalurkan surat dan maklumat ini kepada pelajar.


Soalan 7. Bagaimana menyertai Skim Keluarga Angkat?

Mengisi borang yang telah dimasukkan ke dalam brosur dan boleh memuaturun brosur ini di dalam portal YPM.

 

Soalan 8. Apakah kaedah bayaran yang disediakan kepada penyumbang?

Melalui cek, wang pos, kiriman wang dan yang terkini melalui e-portal dengan melayari Portal YPM. Semua sumbangan hendaklah disalurkan atas nama Yayasan Pelajaran MARA Skim Anak Angkat.


Soalan 9. Kategori penyumbang?

Terdapat 2 kategori penyumbang iaitu Korporat dan Individu.


Soalan 10. Adakah penyumbang terikat dengan sumbangan?

Tidak, penyumbang diberi pilihan untuk menyumbang mengikut kemampuan serta boleh menyumbang samada secara bulanan, 3 bulan sekali, 6 bulan sekali atau pun setahun sekali.


Soalan 11. Apakah faedah menjadi penyumbang di dalam Skim keluarga Angkat ?

  1. Keistimewaan mendapat tolakan cukai pendapatan
  2. Boleh melakukan CSR (bagi syarikat korporat)
  3. Dapat memilih kategori pelajar yang mahu ditaja

Soalan 12. Adakah pihak penyumbang akan mendapat makluman caruman serta prestasi Anak Angkat yang ditaja?

Surat caruman akan diberi sekurang-kurang nya 2 kali setahun iaitu pada awal tahun dan akhir tahun beserta dengan rekod pembayaran serta keputusan peperiksaan pelajar di bawah tajaan.

Soalan 1. Berapakah jumlah pendapatan bulanan yang layak memohon?

Jumlah pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM 3000.00 sebulan.

Soalan 2. Bilakah tarikh tutup permohonan

Tiada tarikh tutup.


Soalan 3. Dimanakah saya boleh mendapatkan borang bantuan persekolahan?

Boleh didapati didalam laman sesawang www.ypm.org.my atau di ibu pejabat kami.


Soalan 4. Berapakah jumlah bantuan tersebut?

Sekolah rendah RM 300.00 dan menengah RM 500.00.

 

Soalan 5. Berapa lama tempoh proses permohonan?

Proses permohonan bergantung kepada dana YPM diantara 2 hingga 3 bulan.


Soalan 6. Apakah syarat-syarat untuk kelayakan menerima bantuan tersebut?

Pemohon mestilah warganegara bumiputera terdiri daripada golongan anak yatim dan miskin.


Soalan 7. Adakah permohonan boleh diisi setiap tahun?

Pemohon hanya boleh mengisi setiap dua tahun sekali untuk memberi peluang kepada pemohon yang lain dan bantuan disalurkan secara "one off" melalui sekolah.

Soalan 1. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Program Bantuan Pelajar Terdesak?

Bantuan kewangan dalam bentuk "one-off’ bagi membantu pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Soalan 2. Apakah fungsi serta objektif bantuan ini?

Membantu pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak. Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman. Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian. Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan. Menjayakan program janji ditepati. Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien.


Soalan 3. Apakah syarat-syarat kelayakan memohon bantuan ini?

  • Bumiputera , warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran ATAU telah mendaftar ATAU sedang mengikuti kursus pengajian di institusi yang diiktiraf.

Soalan 4. Berapakah kadar bantuan yang diberikan?

Kadar bantuan tertakluk kepada kelulusan Yayasan Pelajaran MARA dan dana sedia ada.

 

Soalan 5. Apakah skop bantuan yang diberikan?

1. Persediaan Kemasukan.

2. Yuran Pengajian

3. Yuran Tertunggak

4. Sara Hidup

** Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk "one off’ , bukan bantuan penuh. Jumlah yang diluluskan adalah kecil dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa YPM serta keupayaan dana semasa.

 

Soalan 6. Bagaimanakah cara memohon bantuan ini?

Permohonan boleh dikemukakan menggunakan Borang permohonan yang terdapat di laman web YPM.


Soalan 7. Bilakah tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini?

Permohonan dibuka sepanjang tahun selagi dana masih ada.


Soalan 8. Saya adalah seorang pelajar sarjana dan belum mendapat tajaan daripada mana-mana pihak . Adakah saya layak memohon?

Saudara boleh memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon


Soalan 9. Bagaimana untuk ketahui keputusan permohonan SDEP?

Keputusan permohonan boleh diketahui selepas tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diterima oleh pihak YPM. Pemohon akan dimaklumkan melalui surat setelah keputusan permohonan diketahui sama ada LULUS atau TIDAK LULUS. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menghubungi pejabat YPM di talian 03-2692 7273 untuk mengetahui status permohonan.

Soalan 1. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Program Peluang Kedua?

Kemudahan pembiayaan yuran pengajian kepada pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah yang menyambung pengajian di peringkat Sijil, Pra Diploma, Sijil Kemahiran dan Asas (Foundation).


Soalan 2.Apakah syarat-syarat kelayakan memohon bantuan ini?

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah:

a. Bumiputera , warganegara Malaysia.

b. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.

c. Mendapat tawaran ATAU telah mendaftar ATAU sedang mengikuti kursus pengajian di institusi yang berdaftar dengan YPM.

d. Pemohon tidak menerima bantuan/pinjaman dari mana-mana badan penaja.

Soalan 3.Bagaimanakah cara memohon bantuan ini?

Bantuan ini tidak dibuka kepada pihak awam secara terus kerana YPM menjalankan kerjasama strategik dengan institusi yang berdaftar dengan YPM sahaja. Pembiayaan ditawarkan melalui institusi-institusi ini sahaja.

Soalan 1.Program apa yang ditawarkan di YPM?

Antara program yang ditawarkan adalah :


1. Program kelas bimbingan- terbahagi kepada dua iaitu kelas bimbingan YPM-MRSM, kelas bimbingan YPM-SBP/T

  • Program Kelas Bimbingan kepada pelajar dari sekolah-sekolah sekitar MRSM/SBT yang dengan kerjasama antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan MRSM/SBT dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terlibat.


2. Program Tuisyen UPSR

  • Program Kelas Tuisyen UPSR kepada sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia dengan kerjasama antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Program Seminar Kerjaya Pelajar Bersama Ibu Bapa

  • Program seminar satu (1) hari yang akan dilaksankan oleh pihak YPM dengan kerjasama KPM untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan Ibu Bapa perkaitan pembangunan kerjaya dan hala tuju selepas tamat pengajian.

4. Program Bersama NGO Pendidikan dan PIBG

  • Penajaan program-program pendidikan yang ingin dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama NGO Pendidikan/PIBG.

Soalan 2. Adakah program-program ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja?

Keutamaan kesemua program yang dinyatakan adalah ditawarkan kepada pelajar melayu dan bumiputera yang miskin dan sederhana pendapatan keluarga pelajar tersebut.Pemilihan pelajar dan sekolah akan ditetapkan oleh jawatankuasa yang dibentuk oleh YPM.


Soalan 3. Bagaimanakah program-program YPM ini beroperasi?

Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pintar bersama individu, NGO dan badan pendidikan seperti jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, kementerian pelajaran dan sebagainya yang tidak lari dari tujuan memartabatkan pendidikan dikalangan pelajar-pelajar miskin. Mereka akan berperanan sebagai penaja atau pemudahcara kepada setiap aktiviti atau program yang telah dirancang. pemilihan mereka juga adalah dibuat oleh jawatankuasa YPM.

Tabung TANJAK YPM

Soalan 1. Apakah maksud TANJAK YPM?

TANJAK YPM  bermaksud Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu & Bumiputera

 

Soalan 2. Bilakah TANJAK YPM dilancarkan?

TANJAK YPM dilancarkan pada 31 Mac 2016, di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW)

 

Soalan 3. Apakah tujuan TANJAK YPM?

Tujuan TANJAK YPM ialah seperti berikut:

  • untuk menerima derma untuk kemajuan pendidikan, saintifik dan teknologi anak-anak melayu & bumiputera,
  • untuk mengadakan satu pelaburan dalam bidang pendidikan untuk generasi akan datang,
  • untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat Yayasan,
  • untuk mengadakan bantuan atau pertolongan lain yang bersampingan dengan atau sesuai bagi pencapaian tujuan itu.

 

Soalan 4. Apakah objektif TANJAK YPM?

  • Diwujudkan untuk mengumpul dana bagi keperluan pendidikan anak-anak melayu dan bumiputera,
  • Membudayakan konsep penabungan ke hadapan ([pay forward) untuk generasi akan datang secara kolektif dan berterusan,
  • Menyediakan dana pendidikan yang berterusan,
  • Membentuk platformhubungan kerjasama strategic bersama penyumbang.

 

Soalan 5. Berapakah jumlah minima untuk menyumbang ke TANJAK YPM?

Jumlah minima untuk menyumbang ke TANJAK YPM ialah RM2.00

 

Soalan 6. Bolehkah menyumbang melalui potongan gaji?

Ya, boleh. Menyumbang melalui potongan gaji adalah salah satu cara yang diterima pakai.

 

Soalan 7. Selain dari potongan gaji apakah cara lain untuk menyumbang kepada TANJAK YPM?

Selain kaedah potongan gaji, kaedah lain adalah seperti berikut;

  • pemberian tunai dikaunter pejabat Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di tingkat 17 & 18, Menara MARA, No. 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia , atau
  • ‘bank in’ melalui mesin atm ke akaun TANJAK YPM 14041010080877, Bank Islam  dan faks slip ke 03-2692 7279, atau
  • menulis cek atas nama Tabung TANJAK YPM, no akaun 14041010080877, atau
  • edonation.ypm.org.my atau
  • maybank2u.com, atau
  • jompay, biller code 2246

Soalan 8. Adakah resit akan disediakan untuk sumbangan yang diberikan Ini?

Ya, pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan mengeluarkan resit bagi setiap sumbangan yang dibuat.

 

Soalan 9. Bolehkah pihak YPM membuat taklimat mengenai TANJAK YPM kepada mana-mana syarikat yang mahu membuat potongan gaji kakitangan?

Ya. boleh. Yayasan Pelajaran MARA sentiasa mengalu-alukan jemputan yang dibuat oleh mana-mana syarikat untuk membuat taklimat TANJAK YPM. boleh terus berhubung dengan menghubungi kami di talian 03-2692 7273,  03- 2692 7039 dan 03-2693 8228, bercakap terus dengan Bahagian Pembangunan Dana, YPM.

 

Soalan 10. Apakah keistimewaan yang diperolehi dengan sumbangan yang diberikan kepada TANJAK YPM?

  • Sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Rujukan LHDN. 01/35/42/51/179.6.1389 warta kerajaan no. 1395 bertarikh 10 April 1969.
  • Sumbangan anda membolehkan anda bersama YPM dalam usaha membantu kumpulan sasaran iaitu anak-anak melayu miskin dan kurang berkemampuan bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik mereka.

 

Soalan 11. Kemanakah setiap sumbangan TANJAK YPM yang diterima disalurkan?

Setiap sumbangan yang diterima oleh TANJAK YPM akan disalurkan seperti berikut:


70% dari sumbangan akan disalurkan ke Program Pembangunan Modal Insan YPM yang merangkumi program-program seperti berikut:

  • Program Tansformasi Kecemerlangan Pelajar,
  • Program Kelas Bimbingan YPM-MRSM
  • Program Motivasi Pelajar
  • Skim Bantuan Persekolahan
  • Program Tuisyen English, Sains & Matematik
  • Skim Anak Angkat
  • Skim Bantuan Tahfiz
  • Program Peluang Kedua untuk kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar melayu & bumiputera (miskin dan kurang berkemampuan dibawah pendapatan isi rumah rm3,000.00 ke bawah) di peringkat pengajian tertiari iaitu peringkat Sijil Asas, Pra Diploma, Sijil Kemahiran dan Sijil Professional.
  • Program Dana Ehsan Pendidikan iaitu bantuan kewangan “one off” kepada pelajar melayu & bumiputera  (miskin dan kurang berkemampuan dibawah pendapatan isi rumah rm3,000.00 ke bawah) di peringkat tertiari

30% daripada sumbangan TANJAK YPM akan dilaburkan dimana keuntungan dari pelaburan itu digunakan semula bagi pelaksanaan program-program pembangunan modal insan ypm yang dinyatakan di atas.