Program Celik Al-Quran adalah inisiatif Yayasan Pelajaran MARA untuk mendekatkan golongan muda dengan al-Quran. Program ini telah dilancarkan pada tahun 2019 dan merupakan sebahagian daripada usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk meningkatkan kemahiran dan kelancaran bacaan al-Quran, serta membina budaya membaca al-Quran di kalangan anak-anak kita.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu peserta, yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, mempelajari asas bacaan al-Quran dengan betul. Pada peringkat awal, program ini memberi tumpuan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Kemudian, ia akan menekankan kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan pengenalan kepada hukum tajwid.

Yayasan Pelajaran MARA juga berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada tokoh-tokoh atau individu berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajian al-Quran sebagai mentor bagi Program Celik Al-Quran YPM. Peranan mentor adalah sebagai penasihat dalam pelaksanaan program ini, dengan tujuan untuk meningkatkan impak dan keberkesanan kepada setiap peserta. Dengan ini, Program Celik Al-Quran - YPM diharapkan akan lebih berdaya maju dalam usaha memupuk kecintaan terhadap al-Quran di kalangan generasi muda.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Bahagian Pembangunan Insan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #saa


Hubungi Kami