PENDAHULUAN⁣

  • Program Tuisyen merupakan program tuisyen secara percuma berkonsepkan 'Corporate Sosial Responsibility' (CSR).⁣

  • Program tuisyen ini dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dilantik sebagai penyelaras bersama.⁣

  • Program ini mensasarkan pelajar-pelajar calon SPM dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2016 lagi.  ⁣

  • Program ini memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengikuti kelas tuisyen dengan lebih sistematik di bawah pengawasan guru-guru pakar yang dilantik. ⁣

  • Penyertaan individu dan syarikat korporat untuk menaja program tuisyen ini amatlah dialu-alukan, kerana sumbangan anda dapat memperluaskan manfaat program ini kepada lebih ramai pelajar.


KONSEP PROGRAM TUISYEN


KUMPULAN SASARAN

Pelajar yang menjadi sasaran YPM bagi program ini adalah dengan memberi keutamaan kepada :

  • Pelajar Bumiputera;

  • Pelajar dari keluarga B40;

  • Pelajar Berprestasi sederhana; dan

  • Pelajar Anak Angkat YPM.

 


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Bahagian Kecemerlangan Insan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273