Halaman ini menerangkan kepada anda mengenai polisi privasi kami yang merangkumi penggunaan dan keselamatan kepada segala maklumat yang dihantar oleh pelayar.

Dibawah ini adalah terma dan syarat yang digunakan pada Portal Yayasan Pelajaran MARA dan hak-hak anda semasa memasuki dan menggunakan segala maklumat dan perkhidmatan yang terdapat pada Portal Yayasan Pelajaran MARA.

Jika anda memasuki portal ini, anda secara rasminya mengetahui dan bersetuju terhadap segala terma dan syarat yang digunakan di antara pihak anda, pelayar lain, dan kami, Yayasan Pelajaran MARA untuk sebarang kemasukan dan penggunaan.

Terma dan Syarat ini merangkumi segala terma & syarat sebelumnya yang mungkin anda perolehi daripada Portal ini pada pelayaran sebelumnya. Anda dianggap secara langsungnya memahami dan bersetuju dengan terma & syarat ini dengan setiap pelayaran dan penggunaan perkhidmatan kami secara berterusan.

Penghadan Liabiliti

Anda memahami dan bersetuju bahawasanya Yayasan Pelajaran MARA tidak bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kerugian, kecederaaan secara langsung atau tidak langsung atas sebab-sebab:-

  • Penggunaan atau penyalahgunaan Portal ini;

  • Kos yang terlibat semasa menggunakan sebarang barangan, perkhidmatan dan maklumat daripada portal ini;

  • Pencerobohan atau pengubahan, pengolahan maklumat yang tidak sah semasa transmisi data anda;

  • Penggunaan barangan, perkhidmatan dan maklumat daripada mana-mana pihak lain yang terdapat di dalam portal ini;

  • atau sebarang perihal lain yang berkaitan dengan portal ini.


Hyperangkaian (HYPERLINKS)

Yayasan Pelajaran MARA mungkin meletakkan hyperangkai kepada laman web lain. Hyperangkai ini adalah hak milik dan dijalankan oleh pihak ketiga dan seterusnya, Yayasan Pelajaran MARA tidak mempunyai sebarang pengawasan di atas laman web atau sebarang sumber hyperangkai ini. Anda di sini, secara langsungnya mengetahui dan bersetuju bahawasanya Yayasan Pelajaran MARA tidak bertanggungjawab terhadap aktif atau tidaknya laman web atau sumber-sumber daripada hyperangkai ini, dan tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap segala maklumat, pengiklanan, produk atau sebarang sumber yang terdapat di dalam hyperangkai ini. Anda juga memahami dan bersetuju bahawasanya Yayasan Pelajaran MARA tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti, secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kecederaaan yang disebabkan oleh penggunaan hyperangkai ini.

 

Pembatalan

Yayasan Pelajaran MARA berhak untuk membatalkan akses anda untuk sebarang perkhidmatan atau maklumat, pada sebarang waktu, bersebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta-merta. Yayasan Pelajaran MARA juga berhak membatalkan atau memberhentikan sebarang perkhidmatan atau maklumat yang dianggap tidak terpakai, atau dianggap tidak relevan pada bila-bila jangka masa. Anda bersetuju bahawasanya Yayasan Pelajaran MARA tidak mempunyai liabiliti kepada anda atau pihak lain yang disebabkan oleh sebarang pembatalan ini.

Perubahan Terhadap Terma Perkhidmatan Kami

Yayasan Pelajaran MARA berhak pada sebarang waktu dan dari masa ke semasa, untuk membuat perubahan atau membatalkan, secara sementara atau secara kekal, perkhidmatan (atau sebarang yang berkaitan) dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawasanya Yayasan Pelajaran MARA tidak mempunyai liabiliti kepada anda atau sebarang pihak lain atas sebarang perubahan, pembatalan sementara atau pembatalan kekal terhadap sebarang perkhidmatan yang terdapat pada portal atau perkhidmatan portal ini sendiri.

Perubahan Terhadap Perkhidmatan Kami

Yayasan Pelajaran MARA mempunyai hak pada bila-bila masa dan pada waktu tertentu untuk mengubah atau membatalkan, secara sementara atau kekal, perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju dengan ini bahawa Yayasan Pelajaran MARA tidak mempunyai liabiliti kepada anda atau pihak lain terhadap sebarang perubahan, penangguhan atau pembatalan mana-mana perkhidmatan kami.

Maklumat AM

Terma dan Syarat ini perlu dibaca bersama Terma Am. Pada masa berlakunya keraguan konsisten atau konflik antara terma & syarat dengan terma am, terma & syarat ini perlu dijadikan panduan terhadap perilaku tidak konsisten dan konflik ini.

Tajuk bagi Terma & Syarat ini adalah rujukan sahaja. Ianya tidak boleh dijadikan bahan bagi maksud atau pembangunan terma & syarat ini.